Sunday, July 10, 2011

Rahsia disebalik senyuman :)



^________________________^


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum 
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum 
Semua orang berjangkit 
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Senyum 
Tak perlu kata apa-apa
.......................

Hee...aku bukan nak share lirik lagu Senyum kat koranglah..hehe..just nak buat intro jew tu..tapi cukup sekadar awal lirik jew..kalau nak lirik lagu senyum sampai habis g search kat 1 Lirik Lagu.com owkey :)


Setiap manusia dianugerahkan senyuman yang manis..lebih manis bila senyuman yang diberikan itu adalah senyuman yang ikhlas..yewla, tak semua orang senyum dengan hati yang ikhlas right?? tapi korang senyum-senyum nie korang tau tak banyak faedah disebalik senyuman kite itu..walaupun senyuman kite itu menampakkan gigi kite yang gongak..hehe..adew sesetangah berfikiran, senyum jew la bile orang senyum..alaah, senyum jew, bkn adew faedah atau keuntungan ape-ape pun..mehh sini aku nak share dgn korang rahsia disebalik senyuman :)


Rahsia Disebalik Senyuman
  • Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon..
  • senyum bukan sekadar reaksi garak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dgn penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri
  • senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung
  • ketawa juga mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  • Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh badan, dalam ajaran islam sendiri mengatakan senyuman itu satu sedekah. Senyuman mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal dan apa yang diperlukan adalah sekelumit rasa ikhlas yang boleh memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Sebenarnya banyak lagi rahsia disebalik senyuman kite nie...so, lepas nie banyak-banyakkan lah bagi senyuman ok..kite dah dianugerahkan senyuman janganlah kedekut senyuman..lainlah yang tak boleh senyum tu, mcm patung domokun..hehe..mulutnye ternganga jew..hehe..


5 comments:

Unknown said...

wow nice info
senyum sokmo la kiter ye :D

EkaTikah said...

@ little nuur :..huhu..thanks, senyum sokmo juge :)

Anonymous said...

sy mmg suke senyum..hehe ^_^

EkaTikah said...

@cik ceria : wahh, bagus2..teruskan memberi senyuman itu..hehe :)

Lisa said...

nice blog, good entri..like