Monday, February 6, 2012

Cerita Hari Maulidur Rasul



Hai semua.. Salam pagi Isnin.

Seperti yang korang semua tahu, semalam merupakan Hari Kelahiran Rasul kita iaitu Nabi Muhammad. Dan disebabkan itu, hari ini kita mendapat cuti semperna dengan Hari Maulidur Rasul. Buat apa cuti hari nie? Ada sesetengah tempat, mengadakan perarakkan Maulidur Rasul.

Sebut pasal perarakkan Maulidur Rasul, aku teringat masa kat PLKN dulu. Beramai-ramai berarak ke masjid dengan berselawat ke atas Nabi. Dengan berpakaian cantik dan kemas. Masa tu, kite orang sertai perarakkan yang diadakan di Masjid yang berdekatan. Bukan hanya kite orang sahaja, juga turut serta sekolah-sekolah rendah mahupun sekolah menengah, badan-badan kerajaan dan daripada wakil setiap kampung yang berdekatan.

Sampai sahaja di masjid, upacara seterusnya diteruskan. Juga ada bacaan Al-Quran dari pelajar sekolah agama yang berdekatan dan persembahan nasyid yang bertemakan Maulidur rasul. Macam-macam lagi acara diadakan. Dan akhir sekali, jamuan untuk mereka yang hadir.

Kite orang sebagai pelatih PLKN sudah semestinya akan membantu mereka menyediakan makanan untuk para tetamu yang hadir. Ini juga dikira sebagai khidmat masyarakat.. Secara tidak langsung kita orang belajar dan berkenalan dengan orang kampung. Seriusly, best. Hehe

Dan akhir sekali majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Dalam kategori perarakkan, kite orang wakil dari PLKN mendapat tempat ketiga. Its oke la tu. At least ada dalam senarai top 3. Hehe.. Bukan apa, saingan hebat-hebat kot.

Itu sahaja cerita aku Semperna Hari Maulidur Rasul. Seriusly aku tak akan lupakan kenangan itu sampai bila-bila. Bagaimana pula dengan korang semua? Huhu

Maaf, doodle aku tak berapa nak cantik. Firts time buat doodle couple :)

Apa-apa pun aku ucapkan Salam Maulidur Rasul kepada semua. Maaf lambat. Hehe

0 comments: