Hai semua..
"Tak semestinya kite melancong, hanya untuk makan angin. Kite boleh juga mencari inspirasi baru kat tempat orang lain"
Faham apa yang dimaksudkan dengan ayat di atas? Kalau tak faham, jadikan ia faham. FAHAM!! Hehe.. Gurau jew..
Oke, ayat nie aku cilop dari Pakcik Teksi yang aku naik masa nak balik hostel tadi. #Pakcik, saye pinjam tau ayat pakcik nie.. Hehe.. Jangan marah.. Sebelum tu aku nak cakap, antara banyak-banyak driver teksi yang pernah aku naik, Pakcik nie yang paling baik kot yang pernah aku jumpe. Bukan baik sebab dia bagi tambang free, tapi cara dia bercakap dan layanan yang diberikan bagus. Yewla, sesetengah teksi tu, mak ai.. Gatalll nak mampos. Aku paling benci driver teksi yang gatal, penipu, bawak teksi main-main and macam-macam lagilah. Rasa macam nak bagi penyepak -___-
Stop cerita pasal Pakcik teksi.
Siapa kat sini setuju dengan ayat di atas? Sila angkat kaki kanan. HEHE.. Oke, aku secara jujur aku pun setuju dengan apa yang Pakcik itu cakapkan. #Sambil angkat kaki kanan.. Melancong? Sudah tentulah korang akan melancong luar dari kawasan korang kan? Mana ada orang melancong dalam kawasan sendiri. Itu bukan melancong namanya.
Yew, salah satu sebab melancong ialah untuk beristirehat dan makan angin di tempat orang. Tapi melancong juga kita boleh jadikan sebagai salah satu cara untuk kita mencari inpirasi atau idea-idea baru di tempat orang. Bukan mencuri idea, tetapi untuk menjadikan sebagai contoh.
Sebagai contoh yang paling simple, seorang pelukis. Sudah tentulah mereka memerlukan idea yang banyak untuk melukis.. Takkan nak dok melukis muke-muke korang jew.. Jemu.. HAHA..
Contoh lain, seorang photographer. Bagi mereka yang bergelar photographer, sudah tentulah mereka mahukan tempat-tempat yang menarik untuk dijadikan tempat shoot mereke. Kalau shoot tempat yang sama jew, boring jugak. Asyik hadap bende yang sama jew kan.. HEEE
Dan banyak lagilah contoh lain. So, kalau korang melancong tu jangan dok shopping jew. Sambil-sambil tu hayati persekitaran. Mana tahu, kot tibe-tibe dapat idea baru. Korang jugak yang gune idea tu nanti.. Kan?
Manfaatkan sesuatu itu selagi kite boleh memanfaatkannya..HEE.. Bye bye
7 comments:
saya suka melancong sebab nak rehatkan n tenangkan diri dari kesebukkan kota. cewahh! ahaha
betul3...bila kat tempat org ni...mesti menarik kan...macam idea nak tulis entri jugak..
hari2 asyik terperap je..idea tu kadang2 susah nak datang...cuba kita keluar sebentar...ambil angin...dan2 tu jugak idea ada je nak menulis kan...:D
jauh perjalanan luar permandangan ;)
aah betol3.. pelukis + fotografer mmg suke p merata.. mklula deme kan suke bnde2 baru.. pastu hasil kje deme terbaek lah :)
luv,
cik ana
haha cayalah ayat tu pakcik teksi buat...betol3x
shopping pun boleh dapat idea baru jugak.dapat idea fesyen baru.hihihi xD
tapi memang betul lah.sightseeing lagi best dari shopping.~lalalalalala
sightseeing boleh dapat inspirasi buat novel.manalah tahu kan..hehe
teringin belajar kat tempat orang
Post a Comment