Wednesday, December 5, 2012

Budak Kecik Lagi Comel ♥



Nampak lirik lagu di atas? Haa, itu sebenarnya lirik lagu "Buai Laju-Laju" yang sekerat jalan. Hihi.. Dan lirik last sekali tu, sememangnya tiada dalam lirik lagu tersebut. Hanya tambahan oleh anak buah aku sendiri.

Sememangnya lirik "6 kali 6, 36" itu tidak dapat dipisahkan dengan semua lagu yang dinyanyinya. Entah kenapa, setiap ending lagu mesti ade lirik tu. Dalam hati terdetik " Haishh budak kecik nie.. Pandai pulak bersifir..Haha  "

Budak kecik lagi comel ++ yang aku maksudkan ialah, anak buah aku sendiri. Nama diberi Sofea Amani Binti Shahrul


Inilah budak kecik lagi comel ++ tu. Nampak tak kecomelannya di situ?Hehe..Pandai bergaya dan paling penting pandai bercakap. Pott pettt pott pett mulut tu bercakap. Sampaikan aku sendiri tak larat nak melayan. Kalau bab bergambar pula, jangan ditanya. Banyak sungguh gambarnya di dalam lappy aku nie. Secara tidak langsung, dia juga sudah aku anggap seperti model kanak-kanak. Acehh cehh.. Hihi

Oleh kerana kalau aku kat rumah, selalu jumpa, main, gurau-gurau dengan budak kecik nie, bila aku dah balik hostel terasa rindu pula. Rindu gelak tawanya dan macam-macam lagilah. Yang paling penting, rindu nak menyakat dia. Selagi tak nangis tak sah. Haha. Jahat tak? 

Biasalah, budak-budak seumur macam ini banyak lagat comelnya. Time-time macam inilah mereka nak mengenal itu ini. Mereka cepat tanggap apa sahaja yang mereka dengar dan lihat. So, bila berada di depannya, cuba tunjukkan contoh yang baik. InsyaAllah, mereka akan ikut. 

Suka entri ini? Minta tolong like SINI dan SINI boleh? Terima Kasih 

6 comments:

✿A I N A A✿ said...

hahaha lagu masa ena kecil2 juga.. selalu nk tidur, suruh mak nyanyikan lagu tu.. hehe

comelnyaaa sofea amani, dengan posing dia bersama spek mata hitam tu.. perghhhhh.. hensem pula.. XP

alia syuhada said...

hehe,masa kecil kalau naik buaian mesti nyanyi lagu tu >.< comel lah budak tu siap tambah2 lagi , hee ^^

Cikgu Ma said...

ni bukan comel tapi ranggi..hehe

sHaRiNa eLyaNa said...

lagu baby..sha la yg rajin nyanyi hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

alahai comel sggh..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alololo comel sangat la hehe