Tuesday, December 18, 2012

Design Kad Jemputan Kahwin Yang Kreatif



Seperti yang korang semua tahu, hujung-hujung tahun macam bulan sekarang nie lah banyaknya majlis-majlis perkahwinan. Kenapa pilih bulan 12? Sebab cuti sekolahkan. Lebih senang untuk uruskan semua bende yang berkaitan. 

Bercerita bab perkahwinan nie, banyak persiapan yang perlu disiapkan sebelum masjlis berlangsung. Tidak kiralah persiapan diri, fizikal, mental mahupun persiapan perkakas atau barang-barang perkahwinan seperti hantaran la itu la, ini la. 

Salah satu persiapan yang agak penting dalam majlis perkahwinan ialah kad jemputan. Mungkin bagi sesetengah orang anggap kad jemputan nie tak penting.. Jemput mulut pun boleh. Tetapi tidak bagi mereka yang mementingkan tetamu. Mereka sangat mementingkan design-design kad jemputan yang cantik, kreatif.

Mungkin korang biasa melihat atau mendapat kad jemputan kahwin yang sebegini:



tetapi mungkin korang tidak pernah atau jarang-jarang melihat mahupun mendapat kad jemputan kahwin sebegini pula:




Comel-comelkan? Letak doodle pengantin lagilah bertambah comel. Hihi

Kad jemputan kahwin sebegitu pun sudah comel, inikan pula kad jemputan kahwin yang bagi aku tersangatlah kreatfi seperti gambar di bawah:










Sangat kreatif+cantik+eksklusif gitu. kan? Hehe.. Design I Phone ada, Passport ada, cd ada, cek ada dan design Facebook pun ada. Lepas nie buatla pula design Twitter, Instagram, Google, Yahoo pula. Mesti lagi kreatif.Hikhik

Oklah. Setiap pasangan pengantin mesti mahukan sesuatu kelainan dalam majlis perkahwinan mereka. Mungkin sudah jemu dengan design kad jemputan yang dulu-dulu, maka terciptalah kad jemputan yang tersangatlah kreatif seperti gambar di atas. 

So, korang yang bakal berkahwin tu sudah pilih design kad jemputan kahwin belum? Walau apa pun diingatkan, buat sesuatu itu biarlah mengikut kemampuan kite. Kalau tak mampu nak buat yang cantik, kreatif buatlah biasa-biasa pun sudah cukup. Yang penting, niat kita untuk menjemput hadir ke majlis perkahwianan tersebut. Kan?

Sumber gambar: Pakcik Google

Lihat lagi design kad jemputan di sini-----> http://bit.ly/UB6m3G

13 comments:

Benben said...

alolo cute cute semua , nak buang pun sayang kalau dapat . Hehe

Dunia Wilma said...

Cantik + kreatif semuanya ^_^

Nurmujahidah Ismail said...

seriously cantik,, hehe,, rasa macm nak buat yang mcam ni je nanti,, haha tq for visiting my blog :D

-meeSUPERGIRL- said...

lmbutnye lukisan atas skali tuu ...

hazwan hairy said...

cantik! blh amik idea ni..haha

Nieyxzha Hassan said...

Super comelll..ni rasa nak kawin balik XD

Jom koin ga banner doodle nieza..

http://www.nieyxzha.com/2012/12/banner-doodles-giveaway-by-nieyxzha.html

Lyeen De Syifa said...

comelnya...skrg smua nak kelainan lg2 dlm mjlis kwin..ahah...nnt nak desgn blog plak dah..HAHA

Iezwa Wawa said...

Wahhh..suka agt yg bentuk cd dan fon tu.. Masyarakat skrg dh makin maju dan kreatif ye. Agak2 masa wawa kahwin nnti ada tak macam ni. Haha...8 tahun lgi..hihi

✿A I N A A✿ said...

masyaAllah!! sgt kreatif!!!!!! nanti akan datang jenis macam mana la pula.. ena pun tak tahu nak design yg mcm mana.. awww terbaik lah

cik tanpa nama said...

comeylnye kad kawen tu!!!! kreatif..

Dianaa said...

wahhh, semuanya smart2! excited bila tengok kad kawin ni. hehee

Cikgu Ma said...

dah mula beanga-angan nak buat kad kawen yg kretip mcm ni...haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

yg passport tu yui pnh dpt..mmg cun!!