Friday, December 14, 2012

Kekejangan Otot


Sumber pakcik google
Otot kejang atau lebih dikenali dengan otot cramp? Siapa selalu mengalami sedemikian? Apakah sebab dan apakah cara untuk mengurangkan dan mengelakkan daripada berlakunya otot kejang ini? Akan terungkap semua jawapannya..

Nak kata kerap kene, tak jugak. Tapi akhir-akhir ini selalu jugak la kene. Otot kejang ini selalu menyerang pada bahagian betis dan selalu menyerang pada waktu malam, ketika tidur.

Huuh, sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Kaki mengengkot dengan sendirinya. Bayangkan, terjaga dari tidur dengan menahan sakit kejang otot betis. Pehh, kalau tak kuat hati nie, sudah lama menangis wehh..Uwaaaa 

Antara punca-punca serangan otot kejang ini berlaku ialah 

 disebabkan dehidrasi
 kekurangan unsur mineral seperti magnesium, potassium, calcium dan sodium
 kurangnya pengaliran darah ke kaki akibat posisi kaki semasa tidur yang tidak baik
 pengumpulan lactic acid yang terlalu banyak dalam otot (melalukan riadah tanpa rehat)

Itu apa yang dikatakan oleh para pakar. Tambahan, kaki yang kerap masuk angin juga boleh berlakunya kekejangan otot. Kipas yang terlampau laju atau aircon yang terlampau kuat boleh berlakunya serangan kekejangan otot. Maklumlah, tapak kaki kita nie mudah untuk dimasuki angin.

Bagaimana pula cara mengurangkan dan mengatasi berlakunya serangan otot ini?

 dengan merenggangkan otot yang terlibat [meluruskan kaki dan membengkokkan jari kaki ke arah badan]
   mengurut perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dan meyapukan betis dengan minyak panas, cuba berjalan-jalan dengan memijak hujung tapak kaki
 minum air secukupnya, teruatam apabila badan kita mengalami dehidrasi akibat beriadah.
 pastikan anda bersenam secara istiqamah dan konsisten
 ambilah lebih banyak potassium untuk mengurangkan kemungkinan mendapat kekejangan. Antaranya dengan memakan pisang..

Itu seperti yang diberitahu oleh pakar dan juga doktor. Mengikut orang-orang tua pula, semasa tidur, seelok-eloknya tidur dengan memakai stokin. Tak kesah la stokin jenis apa pun. Asalkan dapat menutup tapak kaki daripada dimasuki angin.

Sudah tahu punca, cara mengurangkan dan mengatasi daripada berlakunya serangan otot? Semuanya sudah terjawab seperti di atas. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Kalau betul-betul nak kurangkan dan atasi masalah ini, ikutlah pada apa yang disarankan. 

Sumber: Dr Zubaidi

P/s: Kejang otot juga dikenali sebagai simpul biawak. Itu ikut kata orang-orang tua dulu-dulu. Hee


4 comments:

✿INA AINAA✿ said...

ena selalu jadi camni kat bahagian betis kaki masa tgh malam.. tp kalau time pagi2 buat kerja berat la akan terjadi.. terima kasih info dan tips ni...

محمد رازيق said...

selalu kena cramp bila joging terlebih round. hehe

hazwan hairy said...

nice entry..hery klo jd kejang ni msa dlm air ja...klo berenang ke,myelam ke..hehe

Unknown said...

Nice entry ^_^ Sesuai sangat untuk orang seperti Wilma yang selalu kena cramp kaki...Thanks Eka sudi share info nie...