Monday, December 31, 2012

Rasa Kesal Menyelubungi Diri

 


Apa yang korang rasa apabila sesuatu yang korang lakukan pada mula dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh, pada akhirnya semua usaha yang korang lakukan itu hanyalah sia-sia? Rasa kesal yang teramat pasti menyelubungi diri.

Itulah apa yang aku sedang rasakan sekarang!!!

Niat pada mulanya mahu menyertai Pertandingan Foto Pelancongan Melaka sempena Sambutan Melaka 750 Tahun, kini kian musnah berkecai seperti kaca yang pecah berderai. 

Punyalah penat aku snap gambar itu gambar ini selama 2 hari yang berlainan, tertonggek-tonggek aku memfokuskan itu ini, akhirnya semua gambar itu tidak jadi dipertandingkan. Kesiankan? hmm

Hanya ada satu sahaja sebab kenapa aku tidak berkesempatan untuk menyertai pertandingan foto kali ini. Sebabnya hanyalah kerana ketidakadaan kertas Canon Photo. Salah satu syarat pertandingan ialah gambar yang dipertandingkan mestilah diprintkan atas kertas Canon Photo. 

Dalam fikiran terfikir yang mungkin kedai gambar ada kertas Canon Photo. Cari punyalah cari, satu Bandar Melaka aku mencari-cari kedai yang boleh cuci gambar atas kertas Canon Photo dan hasilnya tak ada satu kedai pun yang boleh atau ada menjual kertas Canon Photo. Even aku pergi Canon Center pun tak ada jual kertas Canon Photo. Apakah ini semua??!!!

Tarikh tamat penyertaan pun hari ini iaitu 31 Disember 2012 jam 5 petang.

Hmm, mungkin tak ada rezeki aku untuk sertai pertandingan kali ini. Walau apa pun, aku jadikan ini salah satu cubaan dan pengalaman dalam diri untuk meceburi atau menyertai pertandingan sebegini. Mungkin lepas nie aku akan lebih teliti dalam mempersiapkan sesuatu benda dengan lebih awal, supaya kerja itu tidak tergesa-gesa seperti ini. 

P/s: Gambar serangga di atas adalah salah satu gambar yang aku sendiri snap.NO Copy sana sini. Itu adalah hasil kerja aku. Sekian 


 

2 comments:

-meeSUPERGIRL- said...

ade hikmah .. :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xper maybe ada rezeki lain kali :-)