Tuesday, December 11, 2012

Doodle? Apa yang menarik tentang doodle?


Doodle ini aku menggambarkan diri aku sendiri. Seorang yang comel loteh dan periang orangnya.. Hee
Doodle? Siapa di sini seorang pelukis doodle? Yes, kite sekepala. Hekhek

Apa yang best tentang melukis doodle nie? For me, melukis doodle nie adalah salah satu cara untuk kita mengolah atau menyatakan sesuatu. Orang tengok doodle kite, mereka dah tahu apa yang kite cuba sampaikan..

Melukis doodle ini juga boleh menjadi hobi kepada mereka yang gemar melukis. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai bakat melukis. Lukis apa sahaja, pasti menjadi punya. 

Aku? Sejujurnya aku nie tidak mempunyai bakat melukis. Nak lukis muka orang, jadi muka alien. Hahah.. Nampak tak teruknya di situ? 

Tapiii, doodle aku lain daripada yang lain. Korang tengok korang tahulah macam mana lainnya. Hehe.. Aku menggunakan software Adobe Illustrator untuk melukis semua doodle yang ada. Mungkin korang kurang biasa dengar Adobe Illustrator nie.. Yang biasa korang dengar, Adobe Photoshop, software SAI dan macam-macam lagilah.

Klik untuk download software Portable AI CS5

Before this ramai jugaklah yang meminta aku untuk buat tutorial melukis doodle... Bak kata mereka, doodle aku semuanya comel-comel, bulat-bulat. *macam tuannya..* Hahaha

Tapi secara jujur aku sememangnya tidak tahu atau kata lebih senang, aku tak pandai nak buat tutorial nie.. Serius! Nanti minta tutorial melukis doodle, tutorial lain yang aku beri.. Haha..

So, minta maaf sesangat kepada mereka yang meminta aku buatkan tutorial melukis doodle. Sememangnya aku tidak dapat tolong sama sekali. Tapiii korang boleh merujuk blog Wan Hazel . Melalui blog dyelah aku belajar melukis doodle. Doodle aku yang dahulunya hodoh sungguh, sekarang sudah comel loteh.. Hekhek

Oklah. Sebelum aku akhiri entri aku kali ini, aku sertakan doodle perempuan berjersi Malaysia bergaya dengan bola sepaknya. Al maklumlah, baru beberapa hari yang lepas berlangsungnya perlawanan Separuh Akhir Pertama antara Malaysia dan Thailand. Mood bola lagi nie.. Hehe..Kalau rasa comel, ambillah. Kalau rasa hodoh, abaikan sahaja. 



Dah ambil? Jangan lupa klik --> http://bit.ly/TQUCgH
*tunggu sampai habis loading*

P/s: Bila sudah biasa melukis doodle menggunakan software Ai, software lain tidak dipandangnya langsung..

7 comments:

Fendy said...

cantikla doodle..wow!

munirah :) said...

kita pelukis doodle ! :D

...iSyA Purple* said...

sesungguhnya sy bukan org yg suke lukis doodle. tapi suke curik doodle org ! hehee..al maklumlah.. tak reti nak melukis2 ni..

hazwan hairy said...

hery nak blh x?hehe

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

tahu da doodle tikah mcmana .. sy pun guna Ai tp jarang la.. hehe thanks dear bg downloader AI :)

Shiyda Aqma said...

sis tak reti lukis doodle ni . huuu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

comel jer doodle dia..akak lansung xpandai buat2 doodle bagai ni