Wednesday, April 3, 2013

Anniversary Blog Yang Ke-3 Tahun


Alhamdulillah, hari ini bersamaan 3 April 2013, genaplah usia blog ini 3 tahun 1 hari. Eh, 3 tahun usia yang muda lagi tu. Kalau bayi, 3 tahun baru belajar bertaktih nak berjalan. Yew ke? Hehe

Mula berblog pada 2 April 2010 dengan tanpa ada apa-apa ilmu mengenai alam berblog. Pada tujuan awalnya, hanya untuk personal. But now, sudah umum. Mahu berkongsi segalanya pada orang ramai. Tak baik kedekut-kedekut nie. Hee

Yang dahulunya, jumlah follower hanya ada beberapa ketul, dan sekarang alhamdulillah hampir mencecah 2k. Memerlukan jangka masa yang agak lama untuk mencapai hingga tahap ini. 

Dahulunya juga tulisan yang entah apa-apa, dan sekarang, cuba untuk memperbaiki hasil tulisan ke arah yang lebih bagus. Serius, baca semula first entri rasa macam nak tampar diri sendiri. Nampak tak betapa teruknya di situ.

Berblog sememangnya satu aktiviti yang sangat best. Dapat tambah kenalan baru, berkongsi cerita, info-info terkini dan juga dapat menambah pendapatan sampingan. Contohnya Nuffnang, Says, Churp-Churp dan pelbagai lagi. Berblog juga memberi anda peluang untuk memenangi pelbagai jenis hadiah. Waa, menarikkan?

Itu yang positifnya. Negatifnya? Mendapat kritikan, kutukan dari beberapa "orang asing" itu sudah menjadi kebiasaan. Nampak tapi buat-buat tak nampak. Jadikan itu semua sebagai motivasi dan cabaran, bukan sebagai menjatuh semangat untuk berblog.

Akhir kata, sepanjang 3 tahun 1 hari aku berblog ini mempunya seribu peristiwa pahit manis. Berharap agar blog ini akan lebih menarik untuk dijadikan sumber pembacaan. InsyaAllah 


P/: Minta jasa baik anda semua like gambar SINI. Thanks 


8 comments:

Sukma Haron said...

belajar dari kesilapan....

Tihara said...

happy annivessary blog :)

combi said...

wahhhh.apy aniversary !

Yumida Huda said...

wah..tahniah
dh 3 tahun dlm alam blogging ni

Yumida Huda said...

wah..tahniah
dh 3 tahun dlm alam blogging ni

Panggil Aku Han said...

wahh..dh 3 thn..han 7 hribln ni baru genap 3 thn :D

||Sis aLeaSaRa|| said...

tahniah ye sis!update laju2 lps ni utk kitorg semua ^^

Nieyxzha Hassan said...

Happy anniversary blog !♥