Sunday, April 14, 2013

Kecik Hati Kite



Seperti yang sudah dijanjikan, hadiah untuk short segmen yang telah aku anjurkan last week sudah pun dipos Jumaat lepas. Daripada 25 pemenang, hanya 7 sahaja pemenang yang memberikan details mereka. 

Nak kata tidak inform, sudah aku beri masa dalam 5 hari untuk memberi details yang diperlukan. Atau adakah korang tidak berminat akan hadiah yang aku tawarkan? 

Al maklumlah, hadiah tidak seberapa. Hanya mampu memberi satu brooch. Tidak macam sesetengah segmen, dapat baju itulah, tudunglah dan pelbagai lagi hadiah yang menarik. Kecik hati kite 

Walaubagaimanapun, terima kasih kepada mereka yang sudah memberi detail anda. InsyaAllah dalam masa terdekat ini hadiah itu sampai la. Maaflah, hanya itu sahaja yang dapat aku berikan buat masa ini. Hee.. 

Dalam masa terdekat ini, aku akan update bloglist baru yang aku telah janjikan. Maaflah, dua tiga hari yang lepas, agak busy sedikit. Walau apa pun, janji tetap janji. 

P/s: Mood mencari idea mahu melukis doodle lelaki. Hihi

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

ololo..sbr ea yunk..

Nurul Aini said...

Diorang tak nak? Hohoho..saya nak..cantik gilo tu kot..Mahal tau orang jual. Rugi2...sayang betul..hehe..Jangan kecik hati ye. Mungkin mereka tak perasan kot.