Wednesday, April 10, 2013

"Betulkah?"




Pabila cuti semesta tiba, sudah tentulah cuti panjang. Di kesempatan inilah, ada sesetengah yang buat kerja sambilan. Cari duit lebih katanya. Tapi, aku hanya dapat cuti seminggu. Jadi stay di rumah, menghabiskan masa dengan membaca novel-novel yang menggunung itu.

Novel yang menjadi pilihan pertama untuk dibaca ialah bertajuk "Betulkah?" Penulisnya Amanda Aniqah dan terbitan buku Prima.

Novel ini tidak banyak konflik. Masalah yang dihadapi tidak sesukar mana. Kira macam baca tak feeling sangatlah. Tak macam baca sesetengah novel tu. Boleh sampai menitis air mata. Huuh, sedih gitu. Hahaha

Novel ini mengisahkan dua orang sahabat yang kenal semenjak sekolah menengah dan persahabatan diteruskan sehingga ke alam pekerjaan. Jodoh, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Mereka ditakdirkan menjadi teman sehidup semati. Pada awalnya hanya sebagai teman rapat, dan kini bergelar suami isteri.

Agak sukar untuk membiasakan diri dengan status yang dahulunya kawan, sekarang sudah menjadi suami isteri. Perasaan kekok semestinya ada. Walaubagaimanapun, semua itu dapat dibiasakan. Panggilan yang dahulunya kau aku, dan sekarang sayang abang. Sweetnye..

Kesimpulannya, siapa sangka orang yang terdekat kita itulah jodoh kita. Sahabat kita sendiri tu. Semua itu adalah ketentuan-Nya. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa agar kita dipermudahkan untuk bertemu jodoh kita. InsyaAllah 

4 comments:

CIK i l y said...

best x ceta ni.. rate brpe u bg :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

tjuk simple je..hihi

Filzah Azzahra said...

macam best jer :D

Nurul Aini said...

Tajuk novel rupanya..hehe..ingatkan apa.. Baru2 ni beli 4 novel..hehe..licin..tanam anggur ni.