Assalamualaikum. Hi.
First of all, aku mahu ucapkan selamat berpuasa pada semua umat Islam. Hari ini sudah masuk hari ke 6 kite berpuasa. Bagaimana permulaan puasa korang? Semuanya ok? Hehehe
Hari ini juga sudah masuk hari ke 6 aku berpindah penuh masuk rumah baru. Punyalah lama delay nak angkut barang itu ini. Last, plan dengan suami cakap memang kene angkut semua barang besar-besar sebelum mula puasa.
Sehari dua sebelum mula puasa, aku dan suami memang pulun habis-habisan kemas barang untuk pindah ke rumah baru. Nasib baik ada bantuan kawan-kawan kerja suami. Diaorang juga yang angkat semua barang-barang besar tu. Yang aku pula pagi tu ada photoshoot outdoor. So settle kerje, aku terus bergegas balik rumah. Alhamdulillah, hari tu cuaca baik. Hujan renyai sedikit. Kalau hujan lebat, berfikir juga macam mana nak angkut semua barang naik lori ni. Hahaha
Beginilah keadaan luar rumah semasa tengah mengemas. Pada hari yang sama juga, orang servis aircon datang nak buka aircon untuk pasang di rumah baru. Tu cakap, memang serius busy gila sehari dua tu. Kerja lain memang tolak tepi sekejap.
Bila rumah lama dah kosong, rumah baru pula penuh. Hahaha. Main sumbat masuk barang. Tak terfikir lagi nak susun barang rumah macam mana. Memang masa tu fikir nak settle angkut semua barang besar sebelum puasa je dulu. Hahaha. Sampai ke sekarang rumah tak habis kemas sepenuhnya lagi. Sebab pada masa yang sama, busy nak setup studio baru. Haaa, ini aku cerita next entri. Hihihi
Rumahnya duduk hanya berdua. Tapi tengok bahagian depan rumah ni macam duduk 3-5 orang satu rumah. Hahaha.
Rumah baru yang aku dan suami duduk sekarang hanyalah rumah sewa. Sementara planning nak beli rumah sendiri. Dan juga pada masa yang sama, rumah lama yang kami duduki sebelum ini sudah tamat tempuh untuk setiap staff iaitu 5 tahun. Rumah kuarters, biasalah. Bila sampai tempuhnya, kena keluar cari rumah lain.
Alhamdulillah proses menyewa rumah baru ini dipermudahkan. Kami memang kalau boleh nak cari rumah yang berdekatan dengan tempat kerja suami dan memudahakan perjalanan dan urusan kerja aku. Cuma bila dah pindah rumah kemudian dapat studio, baru ku tahu betapa jauhnya aku nak ke studio. Hahaha.
Rumah settle! Sekarang untuk setup studio pula. Wish me luck. Heee.
P/s: Bila dah masuk rumah baru, baru boleh main masak-masak. Ok, itik salai masak lemak is coming. Hahaha