Wednesday, March 3, 2021

Majlis Rasmi Atau Tidak Rasmi Dan Majlis Sosial Dibenarkan

 Assalamualaikum. Hi


Alhamdulillah, sebarang majlis rasmi atau tidak rasmi dan majlis sosial dalam kawasan PKPB dan PKPP telah dibenarkan dengan bersyarat. Had kehadiran untuk kawasan PKPB adalah 50 peratus keluasan premis manakala untuk kawasan PKPP adalah mengikut keluasan premis.

Ini adalah salah satu petanda baik bagi industri perkahwinan yang terdiri daripada katering, bridal, photographer, dj dan lain-lain. Di mana sebelum ini, industri perkahwinan mengalami gangguan ekonomi akibat perlarangan membuat majlis sepanjang PKP sebelum ini. 

Bila sahaja kenyataan ini diumumkan semalam, berdesup-desup whatsapp masuk daripada client yang mana postpone majlis sebelum ini. Masing-masing kelam kabut update date baru untuk majlis. Mana tidaknya, sebelum ini hanya dibenarkan untuk menikah sahaja kan. Sampaikan 1 date 4 slot 

Hopefully berita baik ini berterusan dan memberi peluang kepada industri perkahwinan berkembang maju seperti sebelum-sebelum ini. I is rindu nak makan nasi minyak orang kahwin, rindu nak tengok suasana majlis kahwin dan paling paling rindu nak shoot outdoor tanpa rasa macam perompak. Hahaha

Mencari photographer untuk sebarang majlis? Tekan sahaja link di bawah ok ;)
Cover area Melaka, N.Sembilan, Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

http://www.wasap.my/60136494534/pmpakej


7 comments:

Anum said...

alhamdullilah back to normal

Ayu.ju said...

dibenarkan dah alhamdulillah :)

Lea Razali said...

Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan :)

Jom join GA saya,

https://www.eksplorasilea.com/2021/03/birthday-giveaway-by-eksplorasilea.html

Abam Kie said...

boleh la buat majlis kahwin tp x leh besar2an la. cukup 50% kehadiran je.

Nina Mads said...

Alhamdulillah harap yg mana tertangguh nk nikah tu boleh cepatkan

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan urusan mereka yang merancang untuk majlis dan dipermudahkan urusan photoshoot awak. Aaminn

Cik TK said...

Wahh buat bisness photoshoot ek? Moga dipermudahkan dan murah rezeki ya awak...