Thursday, April 5, 2012

"SEGMEN NASZ : SPONTAN"





Jemput terjah blog kite. Terima kasih





Read More

Jom Layan



Jom makan kentang McD. Makan panas-panas sedap sehh..  :D

Hai semua..

Sebelum aku start huraian aku yang panjang lebar, aku nak tanya satu soalan dahulu.. Ala,, satu soalan jew maa.. Bukan 10 soalan.. HEHE.. OK!

Siapa kat sini, bila minat satu lagu tu, dia akan dengar lagu tu sahaja?? Contoh macam suka lagu Love Story nyanyian Irwansyah dan Melly Goeslaw. Korang akan dengar lagu tu jew, sampai boring.. Ade tak ade tak?? #Mencari-cari siapakah orangnya HAHA

Ada tak?? Haa, Ada?? Siapa siapakah itu? Yeahhhh, kite seKEPALA lorh.. Hewhew :3 Yeess, ada GENG!

Yewla, ada orang suka dengar semua lagu baru, lagu lama diketepikan. Ada sesetengah orang pula suka dengar lagu-lagu lama je. Terutama sekali pada mereka yang lanjut usia #Ibu bapa kite. Yewla, lain orang lain cita rasa..kan?

So, sekarang mood aku tengah layan satu lagu daripada band mana tah.. Apa yang aku tahu nama band diberi Nirwana Band.. Kenal? Kenal? Haaa.. Kenal bagus la.. HIHI. Lagu apa? Jom dengar kat bawah nie.. Selamat mendengar :D



Dah dengar?? Best kan best kan? Tahu takpe.. HEEE... Aku mula minat lagu nie pun masa aku dengar dalam radio. Aku dapat rasakan lagu nie ada satu tarikan.. HAHA.. #Poyo

Sekali aku dengar berkali-kali lagi aku nak dengar.. HEHE.. Itulah aku. Suka dengar lagu berulang-ulang kali sampai jemu. Kawan-kawan sekeliling aku pun dah faham dengan perangai aku.. Alarh, kadang-kadang diaorang pun join juga.. HUHU

Okelah.. Sampai disini sahaja huraian aku untuk entry aku kali ini.. Opss, sebelum terlupa, lagu ini bertajuk, "Sudah Cukup Sudah" . . Semoga terhibur mendengarnya..  Bye bye 

P/s: Lagu nie sesuai untuk mereka yang ada masalah cinta. Comfirm, bila dengar rase nak menitik air mate. #Kot la. Aku?? Tak ada apa-apa kaitan dengan lagu nie.. Single-minggle oke! .. 

Minta tolong klik sini dan sini boleh? Tq


Read More

Wednesday, April 4, 2012

Blogwalking Time



Makan biskut sambil tengok tv best nie.. Hihi ^^

Hai... 

Ehh, jumpe lagi.. HEHE.. Ada jodoh la kite.. Ok, STOP perasan.. HAHA.. Biaselah, otak dah lama membeku nak keluarkan idea. Sekali cair, haah amek kau.. Sekejap update entry baru.. Yewla, orang ramai cakap, kalau ada idea jew terus je share. Jangan simpan-simpan.. Nanti terus beku idea tu.. Kan? Kan? Kan? #Sambil anggup-anggup kepala :D

Pehh, lama gilaa sehh tak blogwalking. Dalam beberapa minggu aku tutup blog nie, dalam beberapa minggu itu jugalah aku tak blogwalking.. Haa, rindu tak dengan kehadiran ku?? HAHA.. #perasan..

So, tadi aku ambil sedikit masa dengan blogwalking ke beberapa buah blog.. Fuuulamak, macam-macam design blog ada. Yang cantik, yang kurang cantik, dan tak cantik pun ada. Haishh.. Yang tak cantik tu tak bermakna blognya tidak ada pengungjung. Ada tu sampai 800+ followers dia. Blog dia simple jew. Mungkin juga orang tertarik pada hasil tulisannya, bukan pada wajah blognya..

Ada juga blog yang serabut gila nak mati.. Ehh, mana boleh mention nama kat sini mehh.. Tak baik memburuk-burukkan orang.. HEEE.. So, aku sarankan, blog nie kalau boleh jangan terlalu serabut dengan banyak gadjet itu ini. letak yang perlu sahaja. OK? 

Haa, tengok.. Dah melalut ke mana aku cakap nie.. Entry kali nie bukan entry nak mengomen blog orang itu ini.. HEE, sorry yew kawan-kawan.. Tersasul pulak tadi.. Niat di hati nak share dgn rakan-rakan.. HUHU

Conclusionnya, masa blogwalking tadi banyak juga la blog yang bagi aku memberi info-info terkini yang aku tak tahu.. Maklumlah, dah lame tak berblogging.. Hewhew :3 

Okelah. Aku akhiri entry aku dengan ucapan tq.. #Sebab? Sebab sudi lagi singgah ke blog aku nie.. Hee.. Byebye



Read More

Beroperasi Semula :D





Hello!!! Haii!! Hello!! semua reader yang aku kasihi..#Sambil lambai-lambai tangan.. Yuhooo. Bertemu kembali kite setelah sekian lama blog ini ditutup buat sementare waktu. Dan hari ini secara rasminya blog ini dibuka semula untuk tatapan umum.. HEEE

Haa, mesti ramai yang cuba buka blog aku, tapi tak boleh.. kan? Hee, private maa.. Masa tu blog aku dalam proses Under Construction.. Dan inilah hasilnya.. Berubah? HAHA.. Tak bayak berubah pun.. Kalau korang selalu datang blog aku, mesti korang perasan apa yang berubah.. HEWHEW :3 Background still sama macam dulu. Malas nak tukar.. Bagi aku dah oke tu.. Tak suka? Sila tutup mata anda.. HEHE..

So, apa pendapat korang pula tentang blog aku yang sekarang ini? OK or KO?? Ala, blog aku tak secantik dan sehebat blog-blog kat luar sana.. Kalau tak suka blog aku, ok FINE! Tak payah baca. Blog ini dialu-alukan kepada mereka yang sudi sahaja.. Ada FAHAM!!

Selama blog aku tidak beroperasi rindu tak dengan entry-entry aku? Apaa? Tak rindu? Ok, fine! Merajuk 5 saat -____- 
# 1...........2.............3..............4..................5......saat Ok, dah.. HAHA.. Sudah lama tak bergurau senda kat blog nie.. SUMPAH rindu yang teramat. Last aku update blog pun masa entry Last Payyperr :D

Cakap pasal entry Last payyperr? Haa, itu bermakna final exam aku dah habis.. Wuuhuuu.. Sudah lama habis maa.. Dah keluar results pun dan results aku kurang memuaskan untuk sem 2 nie.. Seriusly, rasa macam nak terjun lombong depan KSJ tu bila tengok results. Tapi nasib baik kat rumah, tak jadi nak terjun la.. HAHA..

Inilah rupanya kalau orang yang sudah lama tak menaip. Sekali dapat menaip tak nak berhenti woo.. Macam-macam mahu cerita mehh.. HEHE.. Tapi fikir balik, taip panjang berjele nanti tak ada pulak yang nak baca entry aku nie.. Elok-elok datang blog aku nak baca entry, lepas tengok entry panjang tak jadi nak baca.. Ade sesetengah reader macam tu.. HEE

Ok lah.. Sampai sini sahajalah ayat aku untuk entry aku kali ini. Ehh, kejap.. Sebelum itu, jom kita menari bersama-sama.. Tiru gaya Spongebob kat bawah nie.. HAHA.. Semoga terhibur.. Byebye 

Minta jasa baik korang klik sini dan sini boleh? Tq 




Read More