Tuesday, December 4, 2012

Kisah Si Pemakai Cermin Mata


Sesiapa di sini rabun matanya?? Yes, kite geng. Hihi

Siapalah yang suka bercermin mata nie. Kalau boleh, tak nak pakai langsung cermin mata nie. Mau campak sejauh yang boleh! Tapi apakan daya, sedar-sedarlah diri tu yang mata dah rabun. Cermin mata dan diriku tidak dapat dipisahkan.. Cehhcehh. Haha

Walaupun sudah berkaca mata bertahun-tahun lamanya, mata still tak beberapa nampak untuk penglihatan jarak jauh. Nak kata cermin mata dah lama, setiap 6 bulan aku akan tukar cermin mata yang baru. Bukan tukar bersebabkan mahu design yang baru, tetapi disebabkan power dah naik. Wooo O_o

Contohnya dalam kelas siang tadi.. Nak kata tak pakai cermin mata, pakai je nie haa dok sangkut kat telinga. Tapi entah kenapa, masih tidak beberapa jelas penglihatannya. Ikutkan hati, nak aje aku pinjam kanta pembesar dalam makmal sains. Biar nampak sebijik-sebijik.



Situasi atau kedudukan di dalam kelas seperti gambar di atas. Dengan tulisan yang halusssss + colour tulisan yang tidak sesuai membuatkan lagi payah aku untuk melihat..
[Sebelum kelas bermula]
Beginilah muka budak excited nak belajar bab baru. Ternganga gitu mulutnya.. Haha

*Beberapa minit kemudian..* Wajah excited nak belajar sudah hilang. Mata makin lama makin mengecil. Tak nampak apa yang lecture ajar kat depan..


Haa, bila dah tak nampak apa yang lecture ajarkan dihadapan, for sure tak faham apa yang lecture ajarkan tu. Blurrnya semacam. Hanya boleh mendengar, tetapi tidak boleh melihat.. Uwaaaa..Nak menangis rasanya.

Begitu seksanyakan bagi mereka yang bercermin mata nie. Belum tentu sudah bercermin mata, jelas semua penglihatannya tau. Masih juga terbatas. Agak-agak kalau semeter ke hadapan, jangan suruh la tengok atau baca apa-apa tanpa cermin mata. Tak nampak punya..

Bagaimana pula dengan korang?? Adakah korang seorang specky? 

P/s: Makin tebal cermin mata seseorang itu, makin tinggilah powernya. So, aku nie nak pakai setebal mana? Satu inci ka?? Woo, teruk benau tu 

Suke doodle kite? Minta tolong like SINI boleh? Terima Kasih  

6 comments:

Nurul Alia Syuhada said...

Alhamdulillah alia tak rabun. Tak apa lah pakai spect pun cantik ! ^^ Btw, alia singgah sini ! hope sudi singgah semula :) http://alia-adasyuha96.blogspot.com/2012/12/tangisan-rasulullah-saw-kerana-wanita.html

Sya. said...

Macam mana awak lukis doodles tu, sumpah comel gila

Cik Nas :) said...

nas pakai spect tapi waktu lecture jela :)

✿INA AINAA✿ said...

samalah macam ena, ena pun rabun... ena punya power, dari form 5, tak tukar2.. alhamdulillah power spek semakin berkurang... btw comelnyaaaa

Hasnul Adin said...

woha.. baru beIi bingkai baru td.. =)

hasnuladin.blogspot.com

Anonymous said...

Fy specky! Fy pnah gak kena mcm ni. -____________-" Geram sungguh. Mula2 smangat bukan main,lepas tu bila tak nampak terus giveup. T__________T