Tuesday, April 23, 2013

Saya Belum Cukup Umur


RM0 Marilah mengundi. Semak daftar pemilih untuk PRU 13 ini & dapatkan info kawasan DUN atau Parlimen anda. Hanya dail *888*13#. Untuk info, dail 1111. Mesej dari Celcom. 
"Marilah mengundi" Masuk hari ini, aku dapat 3 mesej yang sama dari Celcom yang menyatakan seperti di atas. Tidak cukup di handphone, di sim card broadband pun turut Celcom hantar. Huuh, naik boring dapat mesej yang sama.

Aku rasa Celcom salah orang nie. Untuk pengetahuan semua, aku belum cukup umur untuk mengundi. Aku belum 21 tahun. I am still young oke. Hahaha..

InsyaAllah, jika diberi umur yang panjang, lagi 5 tahun baru aku boleh mengundi. Yeah, pada masa itu mungkin aku sudah mendapat pekerjaan tetap ataupun mungkin sudah mempunyai family sendiri. Ehh, tetiba gatal. Hehehe. Jodoh, siapa tahu. Kan?

Maklumlah, masa untuk mengundi sudah hampir. Bukan sahaja dengan cara ini mereka memberi info-info atau tips2 mengenai PRU, malah di media masa seperti radio, televisyen dan pelbagai lagi. Sebagai contoh, setiap hari kita didedahkan mengenai PRU di televisyen. Lagu PRU juga sering berkumandang. Sampaikan boleh hafal. Hahaha. Nampak tidak betapa kerapnya lagu itu dimainkan?

Apa-apa pun, aku ucapkan selamat mengundi pada mereka yang akan mengundi pada awal bulan Mei nanti.  Undilah dengan adil dan saksama. Undi pemimpin yang anda yakin boleh membimbing rakyatnya.

P/s: Tak boleh cakap lebih-lebih pasal politik nie. Nanti lain jadinya. Hihi

16 comments:

Masmira Masri said...

hahaha dia mmg bg kat semua org..menyemak jer..bazir duit jer sms2 bagai ahahaha cara berkempen skrg kn.... =)

Anis Farhana said...

saya pun dapat mesej nie. benci betulll. huh >.<

Kak iman said...

xcukup umur ag???hehehe..xpe2 kang umur pnjg pergi mengundi tau

Unknown said...

samalah jugak dengan saya . dekat nombor celcom

Anonymous said...

Kita dah cukup umur dah, tapi takda pulak dorang nak hantar email gitu. Jeles ni. hihihi

saffiya_aleesya @ echa said...

lagi 5 tahun maybe awak pun dh ada hubby kan..leh pergi mengundi sama2ngan hubby hahahaha

nuyui a.k.a miss YUI said...

akk kali pertama..hihi

Unknown said...

hahaha... kelakar betul Celcom nie kan?

Adriannasyaz said...

Ah ah..sya pun xde dapat msg pun..umur da melebih sgt da ni tuk mengundi..hehe

Hanis Masturina said...

haha...kita sebaya! slalu dapat msej mcm tu . Rase mcm nak balas "Maaf, saya bru 16 tahun, tahu x msej ini mbuatkah saya jeles kerana x dpt mgundi? Harap maklum " hehe . Tapi x bleh ponn

Susan Lolo Bua said...

haa...
Celcom tolong jer ingatkan rakyat untuk mengundi, kan sayang suara satu kalau tak pergi mengundi :)

boleh tolong like post saya "
http://blog.zalora.co.id/wanita-hebat-dalam-hidup-saya-ibu/

hazwan hairy said...

1st time! sgt exited...sya pilih mengundi!

Unknown said...

tak boleh ngundi lagi ye..... takpe...tunggu lepas nie......

Sarina said...

Salam..skarang sume nye dah sibuk pasal mengundi,airis pun x terlepas gak walaupun dah ckup klayakan...letih nye nak blik melaka lpas tuh nak drive blik KLIA....aaaarrrrggghhhhh

FarhanahAdzlan said...

saya pun tak cukup umur lagi..tapi adalah jugak amik tau sikit2 pasal politik ni hehe :)

Nur Nainis said...

Saya pun sama, tak cukup umur..hehe.