Monday, May 11, 2015

Cara Simpan Sayur-Sayuran, Daging, Ayam Dan Ikan Untuk Tahan Lama

Assalamualaikum.

Setiap kali beli sayur-sayuran, daging, ayam, ikan semestinya mahu simpan untuk kegunaan lama. Bukanlah lama mana, tapi kalau beli hari ini, esok nak guna sekalipun mesti simpan dalam peti ais untuk jaga kualiti dan tahan lama kan?

Sayur-sayuran, daging, ayam, ikan yang disimpan dalam peti ais perlu di bungkus dengan rapi juga sebenarnya. Janganlah main letak je sayur atau ayam dalam tu tanpa dibungkus dengan elok. Tak mustahil esok buka peti ais, sayur dah kecut, ayam dah lebam + ada bau itu ini. Betul tak?




Salah satu cara untuk mengelak daripada masalah itu berlaku ialah dengan menyimpan menggunakan ziplock plastik. Kenapa dipanggil ziplock plastik? Ziplock plastik tidak perlu ikat guna getah ke simpul ke. Hanya perlu masukkan dalam plastik dan kemudiannya ziplock plastik tersebut.


Plastiknya jernih memudahkan anda melihat daripada luar. Tak perlu nak buka satu-satu check ini ayam ke, daging ke. Nak lablekan sekali pun boleh.


Bila sudah ada plastik ni, boleh simpan sayur-sayuran dalam plastik yang berasingan. Nak guna carrot, ambil carrot. Nak guna salad, ambil salad. Tak perlu nak keluarkan semuanya sekali. Leceh!




Walaupun sudah seminggu disimpan, sayur masih lagi kelihatan segar. 

Ziplock plastik ini ada jual di Daiso. Murah pun murah. RM5.30 (RM0.30 gst) sahaja untuk 25 pcs plastik dengan pelbagai saiz. Macam dalam gambar atas ni, saiz M. Tak besar tak kecik. Sesuailah untuk simpan bahan mentah yang sikit-sikit. Plastik ini juga boleh digunakan semula. Asalkan masih dalam keadaan elok. 

Sebelum tahu adanya ziplock plastik, bungkus sayur semua guna surat khabar dan ayam ikan daging diikat dalam plastik biasa. Bila balik kampung, dua tiga hari tengok sayur dah layu. Bila dah ada ziplock plastik, tak perlu risau kalau nak balik kampung seminggu pun. Hehe  














8 comments:

sharifahsyahirah said...

baru tahu kat daiso jual benda ni. selama ni tak perasan pun. terima kasih infonye :)

Dayana AZ said...

Dayana pun guna ni! And sometimes plastik yang ikat tu je untuk ayam :)

Dayana AZ said...

Btw dah follow and click nuffnang.

YieN said...

laaa ye ke? baru tau pasal ni.. tq2 :)

Gee Lion said...

boleh guna cara ni. thanks for the info ye cik eka ^_^

nuyui a.k.a miss YUI said...

nnti akk nak crila..hihi

Izzati Amira said...

wwaaahh. menarik. daiso pun dah ade gst erk...heheh

aRz MoHa said...

info yang cukup menarik