Assalamualaikum.
Korang mesti pernahkan pergi tandas, lepas tu tengok ada tisu dalam lubang tandas. Pernah tak? Pernah tak? Tidak kira toilet awam, tandas tempat kerja atau tandas rumah sendiri. Korang rasa apa? Suka? "Ahh lantak la"? "ishhh mangkuk ayun mana yang buang tisu dalam ni"?
Mereka yang buang tisu atau tuala wanita dalam tu tak fikir ke, tindakan itu akan membuatkan lubang tandas tersumbat. Nanti mulalah ada masalah itu ini terapung dan bla bla bla. Lagi satu, tak kesian ke pada mereka yang bekerja untuk cuci tandas ni? Terutama tandas awam. Kesian tengok pakcik-makcik kene cuci toilet yang tersumbat atas pebuatan mereka yang pengotor ni. Nak kata tidak sediakan tong sampah, aku rasa kebanyakan tandas sekarang sudah sediakan bakul sampah dalam tandas.
Notis terpapar jelas di setiap pintu atau dinding tandas awam. Masih lagi ada segelintir yang tidak peduli dengan notis itu. Ini kes tak reti baca atau buat-buat tak reti baca?
Lagi satu, bila tandas dah tersumbat, for sure orang taknak guna. Jadinya tandas yang asal ada 5 buah, jadi 2 atau 3 sahaja yang boleh guna. Itu ok lagi. Kalau hanya satu yang boleh guna? Tak ke beratur panjang. Ishhh tak sukanya kena beratur panjanggggg.
Ini semua adalah sikap segelintir masyarakat yang ambil mudah tentang perkara ini. Tidak peliklah kalau pergi toilet sekarang berbayar. Biarlah berbayar sekali pun. Janji toilet bersih. Kan?
Harpic | Clorox | Mr Mucle
Ini semua adalah sikap segelintir masyarakat yang ambil mudah tentang perkara ini. Tidak peliklah kalau pergi toilet sekarang berbayar. Biarlah berbayar sekali pun. Janji toilet bersih. Kan?
Harpic | Clorox | Mr Mucle
6 comments:
Selalu sangat dapat toilet yang jd macam nie. Terbatal terus niat.huhu
Biasalah tu, sikap manusia ini hanya diri sendiri dapat ubah...kalau kasi nasihat kejap je diterima..pastu nnt akan buat balik...
Taw xpe. Kdg2 ade je tong tempat buang pad tu, tpi dlm lubang toilet jugak dibuangnye. Gerraamm..
Pernah tengok tisu dlm lubang tandas.huhu otomatik pergi tandas lain.ke cmna huhu
Kalau dekat UK sini, dia tulis
"FLUSH TISSUES DOWN THE TOILET"
Haha ><
Betapa tak bersihnya amalan sebegini. Ya Rabbi, kalau jumpa memang rasa dlm hati ni.. (..) Itu belum yg ATAS tong sampah tapi tak cuci betul2.. Sabar aje lah..
Geli laaah..
Post a Comment