Monday, May 4, 2015

Perodua Servis Center, Tampin



Pagi tadi hantar Mr Froggy di Perodua Servis Center, Tampin. Kalau ikutkan, ini pertama kali pergi Perodua Servis Center Tampin. Sebelum ini hantar servis di Perodua Servis Center, Bandar Teknologi, Kajang. Kebetulan cuti lama ada kat kampung, ajak ayah temankan sekali.


Mungkin disebabkan hari ini hari cuti, ramai yang hantar kereta untuk servis. Kebanyakkan daripada mereka sudah buat temu janji terlebih dahulu. Kiranya datang ikut masa yang telah ditetapkan. Tidaklah mengunggu terlalu lama.


Walaupun jika perlu menunggu terlalu lama, itu tidak menjadi keberatan kepada pelanggan kerana di sini tersedianya tempat rehat yang selesa serta disediakan minuman dan makanan ringan. Sambil-sambil tunggu kereta siap servis, tengok tv dulu. hikhik

Layanan yang diberikan juga cukup mesra dan senang untuk berurusan. 


Alhamdulillah tidak lama mana pun menunggu tadi. Kereta siap divacumm sekali tau. Baru ingat lepas hantar servis nak pergi basuh luar dalam. Bila dalam sudah divacumm, basuh luar sahaja la. Hehehe

Pada mereka yang berdekatan di daerah Tampin, hantarlah servis kereta anda di Perodua Servis Center Tampin. InsyaAllah layanan yang diberikan berpuas hati. 

Klinik Kereta Tampin Sdn. Bhd.
No. 6316, Jalan Gemas Batu 1/4,
Industri Kecil Meena Jaya, Tamping Tengah, 73000,
Tampin, Negeri Sembilan.

P/s: Ikutkan pergi hanya nak pasang daun pisang pada bahagian kiri hadapan tayar kereta yang patah hari itu. Alang-alang buat dengan Perodua, minta servis sekali mana yang perlu. Maklumlah, kereta pakai hari-hari. Hehe

0 comments: