Thursday, May 21, 2015

Pengalaman Pertama Mendobi Baju


Assalamualaikum.

Semalam balik kerja awal sebab nak pergi mendobi baju. Ikutkan, ini kali pertama basuh baju di dobi. Sebelum ni basuh sendiri kat rumah. Tapi seminggu dua ni busy kerja, balik kerja lewat malam sampai tak sempat nak basuh baju. Walaupun guna mesin basuh. Lagipun mesin basuh kat rumah sewa ni spin rosak. Agak-agak nak perah baju 3 baldi, sehari semalam pun tak habis kot. Hahaha

Ada juga tanya-tanya akak office, dobi mana yang ok, macam mana nak mendobi, berapa kena bayar. Jawapan diaorang, semua dobi sama, kat sana ada step-step ditunjukkan dan berapa yang perlu dibayar. Ok ok. Kita budak baru nak basuh baju kat dobi. Mana tahu semua tu. Hehehe


Jadinya pergilah dobi yang berdekatan dengan rumah iaitu DobiDoo. Masa tu memang takde orang, lengang. Dalam hati punyalah suka. Iyalah, kang terkial-kial kita nak guna mesin basuh yang ada kat situ. hikhik


Tengok baju banyak macam tak muat nak masuk mesin yang 14kg. Jadi, pilih untuk guna mesin yang 24kg punya. Situ tulis RM10.00 dan hanya duit syiling 50sen baharu sahaja boleh guna. Berlari pergi tukar duit kat stesen minyak berdekatan sebab mesin tukar duit syiling kat situ tak terima RM20 sekeping. 


Bila sudah ikut semua step-step yang ada tulis di situ, akhir sekali tekan la button untuk menghidupkan mesin. Aku masukkan RM10 duit syiling 50 sen dan pilih suhu air suam. Puaslah tekan tekan punya tekan., tak hidup jugak. Nak tanya orang, orang takda. Ishh jangan cari pasal. RM10 tu. Bila tengok semula price list, rupanya kalau pilih suhu air suam, RM12. Hahaha, inilah padahnya tak baca price list dengan betul. 


Selepas 30 minit baju siap di spin semua, masukkan baju ke mesin pengering pula. Senang. Balik rumah tak perlu sidai. Boleh terus lipat. Kalaulah ada mesin untuk melipat baju, nak juga. Senang balik terus masuk baju dalam almari. Punyalah pemalas. Hahaha

Settle basuh dan keringkan semua adalah dalam 1 jam. Nasib kat situ ada wifi free. Taklah tunggu macam tunggul kayu kat situ. Ye dok? Hehe

Lepas ni kalau boleh taknak amalkan basuh baju di dobi. Bukan apa, mahal boleh tahan la. Lagi satu, bila dah biasa hantar dobi nanti jadi pemalas nak basuh sendiri. Hahaha. Baik kumpul duit beli satu mesin basuh auto letak dalam bilik air sendiri. Ini kalau bukan penat bekerja plus takda masa nak basuh baju 3 bakul ni, takdanya pergi dobi.  

14 comments:

Anum said...

anum x pernah try lagi

Syazwani Mazlan said...

heehehe tak pernah mendobi hahah

nona sani said...

best jugak mendobi... hahaa.
nona slau hntr klu coat.... siap ngn iron service, kehkehh~

Fatin Liyana said...

macam best je mendobi.. hehe
Fatin tak pernah lagi hantar baju basuh kat dobi :D

Anonymous said...

tak pernah mendobi mcmni lagi. bestnya mesin basuh auto yg boleh keringkan baju tu. menjimatkan masa+tenaga

Nadratul Syazwana said...

Nad tak pernah mendobi jugak >.< Memang tak reti langsung lah nak guna cemana ni haha

Gee Lion said...

mak aih semua pakat nak pakai duit syiling. mau membunjut beg penuh dgn syiling aje. kena get ready simpan dlm tabung kalau selalu nak p dobi ni cik eka. tapi better beli baru lah, mcm cik eka suggest. =D

kita punye washing machine dah sampai tahap bila spin je bunyi macam gendang. tapi haku layak je, asal siap basuh sudah.. hahahaha

Cik Ain said...

Wah macam best jep..

Fatimah Nabila said...

ehe, timm pun blum pernah g dobi yg self-service ni..hurm, mahal eh, kalau desparate sgt kena tnggu baju byk baru g la kan..klu sikit2 rugi je kan..

Nina Mads said...

pernah mendobi pun time asrama.. lpas tu basuh sendiri. ramai berebut2.
jimat kalau ada mesin auto sendiri.

Jari Manis said...

terima kasih sudi siggah di blog sis JM..ini kunjungan balas :-)

Jari Manis said...

bagi sis JM kalau nak hantar toto ke boleh hantar dobi tapi kalau pakaian harian tu better guna mesin kat umah..lebih jimat

arzmoha said...

Bagusnya... Saya kalau ke dobi pun nak hantar tuto ja

Izzati Amira said...

kalau stay kolej , memang muka saya ni la rajin mendobi. tak kuase nak basuh tangan.. hahhaa