Assalamualaikum.
Hari ini hari Jumaat. Jadinya bangun pagi tadi fikir nak masak sesimple yang boleh untuk bawa bekal pergi kerja hari ini. Maklumlah, ikut saranan kerajaan. Hekhek.
Tengok dalam peti ais, apa yang ada. Tung tang tung tang kat dapur.
Siap, Mee Goreng Basah Style Mamak! Resepi di bawah.
Tengok dalam peti ais, apa yang ada. Tung tang tung tang kat dapur.
Siap, Mee Goreng Basah Style Mamak! Resepi di bawah.
- Tauhu ikan, carrot dan mee kuning.
- Kicap dan telur. Kicap terpulang nak guna brand apa.
- Cili kering yang telah dikisar
- Garam sebagai penambah rasa
Cara-cara:
- Panaskan minyak dahulu di dalam kuali yang panas.
- Tumiskan bawang merah dan cili api yang dicincang halus tadi. Gorengkan sehingga naik bau.
- Masukkan sesudu cili kisar dan kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan sedikit air dan gaul sehingga sebati.
- Campurkan dengan sesudu kicap ABC dan gaul lagi.
- Kemudian masukkan carrot, tauhu ikan dan sotong. Biarkan kuah mendidih. Tetapi ingat, jangan sampai kuah menjadi kering.
- Tambahkan sedikit garam. Jangan banyak sebab tauhu ikan dan mee kuning sudah sedikit masin.
- Bila carrot dah empuk, masukkan mee kuning dan gaul sehingga rata.
- Akhir sekali pecahkan telur sebiji dan gaul. Siap!
Kita kasi close-up sikit. Jangan terliur. Hehe
Nak lagi sedap hidangkan bersama cili potong atau lada jeruk. Mudah bukan? Tak perlu nak pergi kedai mamak. Siap boleh bawa bekal pergi kerja tau. Masak sendiri lagi senang dan boleh ikut selera sendiri. Selamat mencuba.
P/s: Kita masak style orang bujang duduk seorang. Hehehe.
McChicken | Big Mac | Spicy Chicken McDeluxe
8 comments:
sedapnya
kuey tiao kerang , kuey tiao theng , char kuey tiao ! excited tengok mee mamak macam sedap saja huh :l
Wahhh mcm sdp je ni..
Nampak sedap.bangat. Dah ler drpd pagi teringin mee basah2 mcm ni
sotong is one of my favs. sedapppppppp
nak sikit..
hehehehe
waaa... cam best jerrr
setahu kita mamak ni suka goreng mee kering... saya suka mee goreng basah. miahahah
Post a Comment