Sunday, May 3, 2015

First Time Pergi Big Bad Wolf



Hari ini hari minggu. Jadinya ajak ibu dan ayah keluar pergi Big Bad Wolf di MITC, Melaka. 



Orang ramai duk sakan cakap pergi Big Bad Wolf, update gambar beli buku bertingkek-tingkek. Jelous ok. Hahaha. Jadi ajaklah ibu ayah pergi walaupun diaorang tak tahu apa itu Big Bad Wolf. Sekali-sekala balik, bawalah ibu ayah keluar jalan-jalan. Hehe


Pelbagai buku yang antaranya terdiri daripada masakan, novel, music, kanak-kanak dan macam-macam lagi ada di situ. Harga pula jangan tanya, murah-murah. 


Akhirnya tak beli apa pun. Sekarang baru tahu macam mana Big Bad Wolf. Bagi mereka si pembaca buku yang tegar, mesti pergi punyalah. Kalau jenis macam aku yang baca buku bila rasa perlu tak pergi la kot. Hehe. 

Esok hari terakhir Big Bad Wolf berada di MITC, Melaka. Siapa yang belum pergi, boleh la pergi esok. Bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. Destinasi seterusnya, UniSZA Gymnasium, Gong Badak Campus (Terengganu). Get ready orang Terengganu, hikhik

P/s: Kauorang kalau pergi Big Bad Wolf beli buku apa je? Hehe

4 comments:

A'eshah Badrul said...

saya tak pernah pegi BBW. memang teringin sangat nak pergi. geram je tengok novel-novel dia.

munirah :) said...

Tak suka baca pun, beli je. Pastu jual, dapat untung.

Haha :D

budakbandunglaici said...

Kaki baca buku mesti pergi

nusha fasha said...

Kan best kalau ad kat ipoh