Saturday, May 2, 2015

Kemalangan Maut Di Lebuhraya Duke






Pagi ini dikejutkan dengan berita kemalangan maut di Lebuhraya Duke arah Damansara yang berlaku lebih kurang jam 1-2 pagi tadi (2 Mei). Kemalangan tersebut melibatkan satu pasangan dan seorang bayi berusia 6 bulan yang dipercayai berpunca daripada 6 buah Perodua Myvi yang berlumba sesama mereka dan telah melanggar sebuah Pajero Sport.



Berita kemalangan ini sudah tersebar secara viral hampir di semua page fb kelab kereta Myvi. Difahamkan mereka yang terlibat merupakan daripada Myvi Familia Club. Salah seorang daripada 6 buah kereta sudah di tahan. Mohon pada 5 yang lain menyerah diri di balai polis berhampiran.




Hey! Kalau betul nak berlumba pergi atas litar la. Disebabkan kecuaian kauorang semua, habis mangsa jalan raya lain terlibat. Kereta boleh di baiki, nyawa? Semoga ini dijadikan pengajaran untuk yang lain.

Takziah untuk keluarga mangsa 

P/s: Sumber ini dapat daripada beberapa kelab myvi yang lain. Apa-apa pun biar pihak polis yang siasat.
Al-Fatihah untuk mangsa yang terlibat.

6 comments:

Zafirah Jamaludin said...

Ya Allah kesiannya :'(
Berita tak bagitau pun rupanya kemalangan berpunca daripada pemandu2 Myvi yang tak bertanggungjawab ni..langsung tak fikirkan keselamatan pengguna jalan raya yg lain!

Bro Nasa said...

Mereka ptt dihukum..Gantung lesen mereka

Poist-en Ivy said...

Berita x bgtau sebab takde siapa nak sahkan betul ke 6 myvi tu berlumba... siapa je yg blh sahkan? Melainkan ada saksi bebas... sebab ada 6 myvi, semua pakat speculate kata myvi racing..betul atau tidak x sure...

Nurshida Zainudin said...

Gantung lesen xgune..gantung diorang tu smpai mati bru jd ongajaran pd yg bodoh berlumba

Muhammad harzarul said...

Wlaupn ad yg ckap xblumba...cba pkir blk..kalo normal driving xkn smpai lnggar pajero bole trbalik?..ak pn pmandu jgk..

Anonymous said...

Pajero tukar haluan secara mengejut , kerampai stuh, pajero keretapajeroudekat dgn dua tan,.,., susah nk terbalik, kalau ikot lojik pun myvi tu kalau langgar komfirm lunyai ni ja myvisjau,., lg stu myvmmyvi tu mudah kemik bila langgar, nampak pelik la plak, myvi langgar kemik sikit jaT.Silap2 myvi x salah kan aniaya org tuh,