Monday, March 18, 2013

Takut Makan Ubat?

 

Ubat? siapa takut untuk makan ubat? eh, bukan takut, cuma.... teeeetttt. hehe..


Selalunya yang takut makan ubat nie, kanak-kanak. Cakap nak bagi makan ubat, seribu langkah dia berlari, menyorok dan macam-macam lagilah. Sebab itulah ubat kanak-kanak special sikit. Ada sesetengah ubat yang mempunyai perasa strawberi la dan macam-macam lagi... Semua itu untuk menarik perhatian kanak-kanak tersebut untuk makan ubat.


Tidak terlupa orang dewasa juga. Katanya bukan takut makan ubat, tetapi....... "malas". Yes, itu aku. Hihi..

Malas sebab malas la.. Malas nak makan ubat itu, ubat ini yang bertimbun. Dengan ubat itu untuk sakit itu, ubat ini untuk sakit ini. Haishhh, rimasnya...

Kalau ubat kapsul, pil boleh lagi telan untuk 3 or 5 bijik, tapi yang tak bolehnya ubat jenis air yang perasanya pahit semacam. Selalu ubat pahit-pahit nie ubat kampung. Uitt, tak sedap baq hang. Ibu bukan main suruh makan ubat itu ini. Katanya untuk kesihatan badan juga. Tapi..............

Bagi mereka yang sudah berumur, mereka sudah lali dengan memakan pelbagai jenis ubat. Macam ibu, ubat daun itu, ubat daun ini, semua dicubanya. Selagi boleh telan, dan boleh sihatkan badan telan sahaja, kata ibu. 

Antara daun-daun yang mempunyai pelbagai khasiatnya:

Misai kucing

Senduduk putih

Biasalah, orang zaman sekarang dengan zaman dahulu lain. Orang zaman sekarang, hidup mewah semewah-mewahnya. Sakit sikit, pergi klinik, hospital. Bagi yang mampu, pergi yang swata punya. Yang sederhana, mampu hanya pergi yang kerajaan sahaja. Tetapi lain pula orang zaman dahulu. Kalau boleh, ubat semuanya mahu dibuat sediri. Jimat dan paling penting sangat mujarab. kan?

Kesimpulannya, takut makan ubat? Memang sampai kesudahlah tidak sembuh-sembuh. Tabahkan hati, cekalkan diri. Selagi ada ubatnya, makanlah. InsyaAllah akan sembuh dengan izin-Nya

P/s: Ada tak satu ubat yang mewakili untuk semua penyakit? Tak perlu makan banyak-banyak ubat. Telan sekali sudah. Hikhik 

 

7 comments:

trah zain said...

time kecik2 dulu, saya ok ja lau nak mkn ubat, tp lau yg jenis biji2 tu, mmg liat la,,hehe...
dah lama xsakit, alhamdulillah (^__^)
nice entry ika,,hehe

iyou said...

time nak beli ubat/supplement semangat. tapi makan ubatnya tak konsisten. bukan takut, tapi malas. HAHA.

Budak Kampung said...

BK msuh ubat.better sapu dri mkn n telan.bukan pe melekat kat tekak la

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

anak akak susah makan ubat huhu

SyAmSuL AnUaR said...

ubat skrg de drug. ubat dzaman dulu asal dr alam semulajadi..

Nieyxzha Hassan said...

Rania tak suka makan ubat tapi lepas ada perisaacam-macam baru la nak telan..kalu tak..kena paksa -.-

Nurul Aini said...

Hehe..saya tak tahu lah kecil2 dulu saya takut ke tidak..tapi besar selamba badak je..