Tuesday, April 30, 2013

Bau Badan? Di Sini Ada Petuanya




Pening kepala dengan bau badan? Tidak selesa dengan orang sekeliling? Bau badan yang membuatkan orang ramai tidak mahu dekat dengan kita? Di sini ada penyelesaiannya.

Berikut adalah beberapa petua yang boleh menghilangkan bau badan:

Cara 1: Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandi dengan air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu.

Cara 2: Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.

Cara 3: Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi dan selepas itu dibelah dua. Sebelum mandi, sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 15 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.

Cara 4: Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

Cara 5: Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

Cara 6: Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini 3 kali seminggu.

Cara 7: Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 15 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

Sumber: MyBerita

Lepas ini tidak perlu risau akan bau badan yang kurang menyenangkan itu. Kita usaha, insyaAllah hilanglah bau itu.


5 comments:

Usy@M^^ said...

Petua yg bgs nie.. Sapa2 bdn berbau cepat ikt pertua nie..hehehe

Mysara Ab Rahman said...

nice sharing..bagus utk org yg ada mslah mcm ni..
sbb kadang2 klu pakai perfume pn bukan kekal lama

Dayang Deno said...

petua yg bagus nih... ! nice sharing dear :)

p/s: jom sertai segmen LUPUS AWARENESS deno? :) http://dayangdeno.blogspot.com/2013/04/segmen-lupus-awareness-month.html

nuyui a.k.a miss YUI said...

info bgus ni..

Unknown said...

petua yg menarik...... tq sis