Assalamualaikum.
Hari-hari makan maggie goreng, bihun goreng, mee goreng pun boleh jadi bosan dan jemu tau. Walaupun sendiri yang masak. Jadinya hari ini pilih untuk masak Soo Hoon Goreng Cili Api. Kebetulan Soo Hoon ada stok dalam almari dan bahan-bahan seperti sayur semua ada, apa lagi masak la.
Nampak macam kanak-kanak punya Soo Hoon goreng, tetapi hakikatnya pedas itu pasti. Heee.
Cara masaknya tersangat mudah dan pastinya sedap.
Resepi sepeerti di bawah:
Bahan-bahan:
- Soo Hoon kering ( direndam terleboh dahulu )
- minyak masak
- bawang merah dan bawang putih
- cili api
- isi ayam
- sayur sawi, carrot dan cendawan
- kicap pekat ABC
- garam
Cara-cara:
- panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili api yang dicincang halus.
- selepas kesemuanya garing, masukkan sayur carrot dan batang cendawan.
- masukkan suku cawan air dan kemudiannya masukkan isi ayam yang dipotong dadu
- kemudian masukkan sesudu kicap pekat ABC dan garam secubit sebagai perasa.
- bila kuah sudah mendidih dan sedikit mengering, masukkan lebihan sayur tadi iaitu sayur sawi dan cendawan.
- gaul sehingga rata dan akhir sekali masukkan Soo Hoon yang telah direndam.
- hidangkan di atas pinggan dan taburkan sedikit bawang goreng sebagai hiasan.
Siap! Makan panas-panas sedap tau. hikhik
Kalau taknak pedas, tak perlu letak cili api. Kite ni hantu pedas, itu yang letak cili api. Setiap masakan mesti nak pedas. Hehehe. Hopefully, dapat laki yang suka pedas. Boleh geng. Eh?
Ok, selamat mencuba
4 comments:
Wooo..nmpk sdp..Haha..pandainya msk..
rajinnya dia..sdp tu..
yum3, dapnyer..lapaq pulak ptg2 ni..
Kalau dpt laki x makan pedas, kena la msak a few version mcm akk. Akk pun suka bangatt mkn pedas...uwaaa
Post a Comment