Assalamualaikum.
Pernah atau tidak, tiap kali sampai rumah soalan pertama yang ibu atau mak korang tanya ialah "tupperware bawa balik tak?" Tupperware yang ditanyanya. Bukannya tanya perjalanan balik ok ke tak, sihat ke tak. Haishhh, ibu ni.
Tidak hairan kalau kat dapur tu tersusun banyaknya tupperware pelbagai saiz, warna dan corak. Sampaikan boleh penuh satu cabinet dengan tupperware sahaja. Hahaha.
Apa jenis tupperware mahupun bekas plastik untuk microwave. Semuanya disimpan. Katanya ini boleh guna untuk bungkus itu ini bla bla. Kalau pergi rumah saudara-mara, bawa buah tangan yang diisi dalam tupperware, mesti minta tupperware tu balik. Lagi-lagi tupperware kesayangan dia. Ayah sampai geleng kepala. Hahaha
Kadang-kadang bila nak buang tupperware, teringat balik apa yang ibu pesan "Jangan buang tupperware tu kalau boleh guna lagi. Simpan. Balik rumah nnt bawa sekali." Ibuuu ni.
Mak korang macam ni tak? Boleh geng dengan ibu kite. Hehehe
11 comments:
Hehe sebenarnya tupperware tu nama brand kan, tapi kita dah biasa panggil semua tupeprware :D
Jangan memain taw. Mak boleh hafal mana2 tupperware dia yg hilang. hhehe
Hahaha sekarang ni ayat tu kedengaran dari isteri
hihi..akak mcm mak tikah. sayang la dgn tupperware tu, even yg microwave tu pun sayang gak. hihi..simpan dgn kemas. bila nak bg org barang senang nak guna
hahhaha,mak sy tak mcm tu dear,tp st yg macam tu..wakakkaaa
sama ! hahah
Hahahaha familiar sangat soalan ni. Memang mak mak jelah yang tanya hahaha T-T
lebih kurang smae lah, hahaha~
hr tu nk clearkan luar atas tu, tupp3, mak syg nk buang tupperware semua tuu,, hehehee
mil saya pon mcmtu..loni dia beli banyak2 bekas microwave putih tu sebab dia kata tupperware dia asyik habis bila bg bekal kat anak2.. sayang tauuu
zaman skola dlu..hihih
sekarang dah rasa macam bertukar jadi mak-mak.. oh tidak... huhuhu
Post a Comment