Assalamualaikum. Hai semua.
Haa, dengar berita bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Kedua sudah mula dibuat secara berperingkat mulai hari ini. Bestla dapat time-time nak dekat raya ni. Boleh buat tambah-tambah belanja nak rayakan. Hihi
PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan mengumumkan pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) fasa kedua akan dilaksanakan mulai 28 Mei ini.Menterinya, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, pembayaran itu berdasarkan kategori BSH 2019 merangkumi bilangan anak tanggungan dan nilai yang akan diterima."Pembayaran fasa kedua melibatkan hampir 3.6 juta penerima BSH dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.42 bilion. Kadar BSH yang akan diterima mengambil kira 3.23 juta anak penerima BSH berumur 18 tahun ke bawah kecuali anak OKU yang tidak dihadkan umur mereka."Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019," katanya di sini hari ini.Beliau menegaskan, BSH diberikan kepada mereka yang benar-benar layak mengikut kategori pendapatan yang telah ditetapkan."Setiap tahun, Kementerian Kewangan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan membuat semakan permohonan BSH termasuk maklumat penerima sedia ada bagi memastikan maklumat yang dikemukakan oleh pemohon adalah tepat dan hanya yang layak sahaja akan menerima BSH."Bagi memastikan BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini," katanya.
Jumlah pembayaran BSH 2019 mengikut fasa tertentu adalah seperti berikut:
Walaubagaimanapun bagi mereka yang berstatus bujang tidak layak untuk menerima BSH 2019 ini. Berikut antara golongan yang layak menerima BSH 2019:
1) Pasangan berkahwin Warganegara yang berumur 59 tahun ke bawah
2) Ibu bapa tunggal / balu / janda yang mempunyai tanggungan
3) Warga emas berumur 60 tahun ke atas
Semakan status pembayaran BSH boleh dibuat di portal rasmi bsh.hasil.gov.my.
Bagi sesiapa yang cukup kelayakkan tetapi tidak dapat BSH (macam aku), boleh la cuba permohonan untuk tahun hadapan. Haa, siapa suruh tak kemaskini permohonan. Hahaha. Rasakan...
Bagi sesiapa yang cukup kelayakkan tetapi tidak dapat BSH (macam aku), boleh la cuba permohonan untuk tahun hadapan. Haa, siapa suruh tak kemaskini permohonan. Hahaha. Rasakan...
0 comments:
Post a Comment