Monday, May 20, 2019

Unbox Exclusive Set Daripada NR Cosmetic (Promosi Ramadan)


Assalamualaikum. Hi semua.

Bila musim perayaan bakal kunjung tiba, mulalah pelbagai promosi tidak kira melalui online mahupun terus ke butik ada di mana-mana.


Tidak terkecuali bagi NR Cosmetic. Daripada 6hb Mei sehingga 19hb Mei kelmarin, NRC mengadakan Big Sale sempena bulan ramadan. 





Taraa, aku pilih Combo Set Compact Powder Base yang berharga RM221.40. 
 Set ini include : 


Luxury Magic Elixir Moisturiser & Primer ini mengandungi SPF 15 sunscreen dan sesuai dijadikan moisturiser dan primer sekali gus. 


Prime & Set Luxury Water. Ini sesuai untuk prepping, priming dan setting makeup korang untuk sepanjang hari. Botol pun comel. Boleh sumbat dalam handbag doreman kauorang tu. Ehh. Hahaha


 Luxury Micro Compact Powder. Produk ini mengandungi Honey Bee Venom, Vitamin C dan Vitamin E yang sesuai untuk semua jenis kulit. Aku pilih code dark sebab muka aku ni hitam sebab sunburn teruk kerja luar panas. Hahaha

 Jujur aku kata, sebelum ini aku tak pernah langsung menggunakan apa-apa produk daripada NRC. Ini suami aku sendiri yang suggestkan tau. Dia tahu isteri dia ni seorang yang agak malas nak bersiap depan cermin berjam-jam, haa terus dia suruh beli ni. Takpe, yang penting dia belanja. Hihihi

Kalau tak silap, NRC melanjutkan promosi ini sehingga ke 25hb Mei berikutan ramai yang masih belum gaji atau gaji lambat. Haa, para pengguna produk NRC jangan lepaskan peluang ini!


0 comments: