Assalamualaikum. Hai semua.
Siapa dah cuba makan Daebak Ghost Chilli Pepper Spicy Chicken Noodles? Yes, finally aku dapat cuba semalam. Setelah sekian lama mencari di merata tempat, lastly jumpa dekat 7Eleven yang berdekatan dengan rumah. Hahaha
Apa lagi, malam tadi buat challange dengan suami. Tengok siapa yang menangis cari air dulu. Hahaha
Kau tengok betapa hitamnya noodle dia. Tapi lagi pehhh kau rasa kepedasan dia. Haa, ternyata challange malam tadi tiada siapa yang menang. Sebabnya dua2 berlari cari air untuk hilangkan pedas. Hahaha. Padahal baru satu suapan. Nak habiskan semua tu, pehh pehhh menangis macam hilang kucing wehhh. Ehhh Hahaha
Bagi aku noodle ni lagi pedas daripada Samyang Spicy Chicken Ramen mahupun Maggie Pedas Gila 2X. Rasa pedas tu boleh potong rasa flavor noodle yang kau makan tu. Sesiapa yang tak tahan dengan pedas, janganlah berani-berani nak cuba makan. Nanti ada yang sakit perut. Pada sesiapa yang mulut dia kebal dengan cili, haa silalah cuba ye. Tengok kauorang boleh tahan pedas tu berapa lama. Hahaha
Sesiapa yang mahu mencuba rasa kepedasannya boleh dapatkan Daebak Ghost Chilli Pepper Spicy Chicken Noodles di 7Eleven yang berdekatan ok.
0 comments:
Post a Comment