Monday, February 4, 2013

Ciri Suami Awesome Mengikut Ustaz Azhar Idrus



Antara ciri-cirinya ialah:
 Solat 5 fardhu cukup 5 waktu. 
 Ada kerja gaji RM800-RM1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
 Ada kenderaan: motor kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
 Lulus ujian fardhu 'ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.
 Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat "Alif Ba 'Ta" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."
 Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Takdelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
 Dia faham kamu, kamu faham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
 Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
 Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam nie ok, " Ehem, ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw.."
 Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia berfikir tu matang dari yang belajar PhD.
 Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
 Malas juga ke masjid, tapu dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
 Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok YouTube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
 Boleh susah senang bersama, kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai ke pagi
Jenis senyum sokmo.
 Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cuns (tak cun takpe, boleh tutup lampu).

Banyakkan? Hee..Kalau jumpa dan yakin dia belum dimiliki oleh wanita lain, lamarlah dia. Hehe 

Sumber: Harian Islam
Baca SINI

12 comments:

Anonymous said...

Kalau lah ada akhi macam ni........

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus cmni..

Unknown said...

pergh! ayat.. "lamarlah dia" hehehe... sekarang ni nak lelaki betul2 ada ciri-ciri yang kita nak memang susah... cukup memadai sempurna agama..itu yang penting... imam kita didunia dan diakhirat ^^

Athirah said...

haha... ada ke yang macamni? (^____^)

Cikgu Ma said...

lelaki perempuan semua kena perbaiki diri kalo nak pasangan yg baik2 ^_^

cikji said...

yeayy! cikji dah dtg terjah kamu punya blog :)

Nur Nainis said...

Hehe..betul..kalau ada lelaki yang begini..saya akan lamar dia..haha..gurau2 saya pemalu..errr..bunyi cengerik. Tapi kalau kita nak yang baik, kita kena berusaha jadi baik kan. Kita usaha sama2. Nice sharing. ^___^

boni kacak said...

hurm.. banyak yang saya kena perbaiki kelemahan diri saya ni.. saya akan berusaha menjadi lelaki yang terbaik :)

FarhanahAdzlan said...

wahh kalau ada bakal laki camni saya yg terus masuk pinang dulu hahaha. moga2 kita dapat yg terbaik :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Alhamdulillah dgn suami akak sekarang ni :-)

Katak Comel said...

sdg mencari..
ade calon2 x?

Sarah Mnasir said...

awesome :D