Alhamdulillah percutian aku dan keluarga di Kelantan semuanya berjalan dengan lancar. Percutian 3 hari 2 malam ini, bagi aku tersangatlah seronok. Walaubagaimanapun, kami sekeluarga tak sempat nak berjalan ke seluruh tempat-tempat menarik yang ada di Kelantan. Maklumlah, percutian dalam jangka masa yang pendek. Hehe
Seperti biasa kalau bertolak ke Kelantan pada waktu malam, sampainya pada siang harinya. So, sesampai sahaja kami di Kelantan jam 7.30pagi, kami dijemput oleh anak buah ayah. Dengan muka yang tak cukup tidur, mate jalan pun nampak tak nampak je. Hahaha
Kami menginap di rumah anak buah ayah dan suaminya, Kak Hajar bersama Abang Adli. Hmm, Kem Desa Pahlawan kalau tak silap.
Kami sekeluarga memulakan destinasi lawatan pertama di Pantai Cahaya Bulan atau nama lain Pantai Cinta Berahi. Wow, cinta berahi gitu. Haha..
Kami sekeluarga sampai di sana seawal 4 petang macam tu. Itu pun sudah ramai orang woo.. Apa yang Abang Adli cakap, kiteorang datang kire awal sikit. Selalunya jam 5 petang, dah berderet kereta. Susah mahu cari parking kereta.
Ini makanan ala-ala kuih udang gitu. Tak sure apa nama sebenarnya. Tapi memang banyak pilihan la. Semuanya dicucukkan lidi dan digoreng. Hmm, yang aku kurang gemar sebab makanan ini terdedah begitu sahaja. Dah la betul-betul depan laluan kereta keluar masuk. Terus tak jadi nak makan situ. Heee
Haa, hari tu aku ade buat entri Cuba Teka Makanan Apakah Ini?
Ada yang cakap sate ikan, sate sata.. Haaa, nama sebenar makanan ini ialah Lok Cheng. Sejenis makanan yang berasal daripada Thailand. Hmm, same jugak dengan sate ikan kot. Hee.. Sebab Lok Cheng yang ini rasa ikan, macam keropok lekor yang disalai pun ade.. Hikhik
Duduk sat ambil angin laut. Wuuu, sambil makan kerepek, Lok Cheng pehh best gilaaa
Layang-layang tergantung sana sini. Bila angin bertiup, melayanglah layang-layang itu dengan megahnya.
Sebelum balik, meh bergambar dulu. Antara ramai-ramai ayah yang paling excited nak ambil gambar ialah ayah. Nak buat kenangan katanya. Hihi
Lepas dah puas ambil angin tepi Pantai Cahaya Bulan, now otw nak balik tu singgah sekejap di Kampung Kraftangan. Dah lewat petang, so banyak kedai yang dah tutup.
Keychain yang berjuntai bergantungan di sekeliling salah satu kedai kraftangan di situ. Banyak pilihan keychain tau. Free kalau nak tambah tulis nama.
Bola sepak takraw pun ada dijual. Hikhik
Sebelum balik, meh bergambar dulu. Hihi. Jangan cari aku dalam gambar sebab aku takde aku dalam gambar tu. Haha
Balik sampai je kat rumah, semua dok melepak kepenatan. Hihi seharian suntuk berjalan. Malam tidur pun dengan lenanya sekali. Weee (´⌣`ʃƪ)
Tunggu next entri untuk Second Day: Cuti-Cuti Di Kelantan. Bye bye
Tekan SINI
16 comments:
lamanye tak pergi Kelate..last pegi masa rombongan sekolah menengah..haaa lama tu :)
wahh. seronoknyeee, dah lama takk pergi sana ^^
shereen dah 2 kali pergi . tempaat favourite biasanya wakaf che yeh . banyak barang murah tapi kalau kita boleh kecek kelate lagi murah .
sate ikan >.< ya allah rindu gila nak makan sate tu, sedap !
akak dah lama x p kelantan (mcm la selalu p) hehe
eh..kenape tak singgah umah sy?? hehe..
*budak kelate
wah seronoknya, dapat jalan2.. hehe
Saya balik kampung..tak pergi pun sini..balik kampung duduk kat siu je lah..Jalan2 pergi main air pun waktu kecil2 dulu. Sate ikan tu dulu selalu orang jual naik basikal, keliling kampung..aaa..sedapnya. Seronoknya dapat jalan2..hehe..mana entah awok..sorok muka ye..yang kecik2 tu? akak ke?
Selamat Datang ke kelantan:)
woaa ! hekk , tak jumpa pula akak hari tu alia balik kampung , hihi *macam kenal je* Alia suka makan Lok Cheng tuu ! alia selalu balik kampung beli (Y) Alia tak minat pergi PCB sbb kosong je kat situ . Alia minat pergi Pantai Seri Tujuh . Nanti akak try lah pergi ! lagi BEST !
xpernah gi kelate..hoho
baru je balik dai kelantan..hehehe
wah ! best nye . ehehe . rindu nak g sana lagi :)
wah bestnyerrr g kelantan
Best kan satay ikan tu..kat trg pon femes satay tu..dah berlambak-lambak dah kat sini..tak tau pulak org panggil lok cheng..huhu..pergi makan tak steamboat kat kb? Ape eh name kedai tu..ala lupa la..tp masa aka pergi sane kedai tu tutup..sedey T.T
best nyer jenjalan..... kelantan dia punya makanan cukup marvelous....
Post a Comment