Saturday, February 2, 2013

JODOH



Kadang-kadang kite sering sedih hanya kerana memikirkan perasaan orang lain daripada perasaan diri sendiri. Sedih kerana kenapa kite tidak pernah dipertemukan jodoh atau pasangan hidup yang tetap sampai akhir hayat kita. Sedangkan orang ramai, kawan baik, jiran, saudara mara sudah mempunya pasangan masing-masing. Tapi persoalannya...
"ADAKAH ITU ADALAH JODOH TETAPNYA SAMPAI AKHIR HAYAT?"

Orang selalu cakap, "Alarh, muda lagi. Banyak lagi benda yang perlu kita hadapi daripada memikirkan benda yang tidak sepatutnya kita fikirkan". "Belajar dahulu, cinta dikemudian hari boleh cari" "Pedulikan perasaan cinta, sayang itu semua. Fokus pada target sebenar" dan bla bla bla...

Budak-budak zaman sekarang pun sudah pandai bercinta. "Sayanggg" "Biy" "Darling" "Abang" dan macam-macam lagilah panggilan yang mereka gunakan. Kalah bagi mereka yang sudah berkahwin. 

Seperti yang kita tahu, JODOH, HIDUP, MATI kita semua sudah ditentukan oleh-Nya. Sesungguhnya kita yang merupakan hamba-Nya, hanya mampu berusaha dan berserah pada-Nya. Selebihnya biar DIA yang tentukan yang mana baik buruk untuk kita.

Walaubagaimana pun, carilah teman hidup yang menjanjikan untuk hidup semati dengan kita dengan ikatan yang sah. Bukan dengan hanya menaburkan kata-kata manis, tetapi sebaliknya tidak pernah berniat untuk menunaikan apa yang dijanjikan itu. Lebih-lebih lagi, bila mempunyai ikatan yang sah, lagi manis perhubungan itu. 

"..ketika kamu MENCINTAI orang yang mampu MENGUBAH KAMU UNTUK KEBAIKAN, cintailah dia. Ketika dia MENOLAK CINTAMU, lepaskanlah dia, akan tetapi KEKALKANLAH KEBAIKAN, agar ALLAH mempertemukan orang yang LEBIH BAIK BUATMU.."




P/s: Aku selesa dalam keadaan aku yang sekarang, alhamdulillah. Walaubagaimana pun, mahu juga aku merasakan perasaan itu yang sebenar-benarnya. Mungkin belum tiba masanya 

Baca SINI

8 comments:

FarhanahAdzlan said...

Yeah betul tu :) suka quote yg akhir tu. saya percaya jika jodoh tu dh sampai dia akan dtang sndiri dengan kehendakNYA dan kalau boleh itulah yg nak dikekalkan till jannah :)

Nur Nainis said...

Betul..kita geng..hehe..saya nak bagi cinta saya hanya untuk si dia yang halal..cehhh..tuitui..geli pulak dah..hehe.

Delete! said...

Sama lah mcm akak, masanya akan tiba. moga kekuatan bersama kita.Allah tahu yang terbaik.. suka entry ni

Unknown said...

aien stuju sgt.. Jgn mudah menyerah pada janji2 yg dtaburkan..

✿INA AINAA✿ said...

betul tu sis.. even ena sedang bercinta dengan tunang ena, namun, ena masih berpegang pd konsep jodoh ni.. kalau ada jodoh kami, adalah.. kalau tak ada, hold on to Allah

Shazleena fadzlyin said...

yup..betul sis..jodoh itu ketentuan yang Maha Esa. hanya Dia yang mampu menentukan jodoh kita...:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

insyaALLAh moga dapat jodoh yg mampu membimbing kita..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

semoga dpt jodoh yg baik2