Tiket bas balik utara sudah habis?? Ohhman, macam mana nak balik nie?? Ohh tidakkk!!
Adakah anda dalam delima sebegitu? Hee
Alhamdulillah, tiket untuk aku balik ke MELAKA sudah pun aku beli pada awal minggu lepas. Persiapan awal perlu disediakan. Kalau tidak, ada yang tak balik CNY nie nanti. Hihi
Bila tiket bas biasa sudah habis, mulalah mereka jual tiket bas tambahan. Kalau nama pun tambahan, duit tambahan pun perlu disediakan. Dari harga tiket yang bermula RM50 boleh menjadi RM59.00. Nampak tak mahalnya disitu? Padahal tidak ada perbezaan jenis bas pun. Huuh
Lebih-lebih lagi musim cuti nie, cepat sangatlah tiketnye habis. Terutama tiket ke destinasi arah utara. Jangan kata bas penuh, kereta api pun penuh juga. Hari tu niat nak beli tiket kereta api untuk pergi ke Kelantan sempena CNY nie, sekali dia cakap " Maaf kak. Tiket sudah habis dijual sebulan yang lepas" SEBULAN yang lepas? Bila masa pula dia buka jualan tiket?? Sabar jew la
Kesimpulannya, belilah tiket pada awal-awal. Bukan apa, memudahkan kita juga. Tak gitu? Huhu
P/s: Entri ini ditaip semasa aku di TBS sementara menunggu bas. Ramai gilerrr orang balik cuti
7 comments:
huhuh...
nasib baek raya cina ni duk umah je tak alik kg.
Betul kena beli tiket awal kalau tak memang tak adalah..sangat sengsara naik bas..lagi2 saya kena transit banyak kali..dari perak ke kl, dari kl ke pahang..rasa nak tercabut pinggang..alahai.
have a safe journey ye org melaka
;)
mmg ramai sgt org balik arini & esok..
adik sy balik esok..
dy dr perlis...
perlis-selangor..jaoh kn?
seb bek dy da bli awal2..
Semoga selamat sampai ke destinasi ♥
Hati-hati balik kampung...
moga selamat sampai.
sempat lagi update blog ek masa tunggu bas
Ouh , akak orang Melaka rupanya ! Dekat benau dengan rumah alia ! haha xD Comel betullah doodle tu . Akak buat eh ? hee
Post a Comment