Alhamdulillah, semalam pada 22 Februari 2013 genaplah 19 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah. Usia aku sekarang 20 tahun. Beza satu tahun sahaja. Hee
Semalam punya cerita hari ini baru nak update. Teruk betul. Huuh.. Tapi tak bermakna aku tak update di blog aku tak wish kat ibu dan ayah. Awal pagi semalam, bangun je dari tidur ibu call. Dah kebetulan ibu call, wish la sekali. Ye dok. Hihi
Sayang, kali nie tak dapat sambut bersama ibu dan ayah. Hanya mampu wish dan mengirimkan doa dari jauh supaya ibu dan ayah diberi kesihatan tubuh badan dan kekal bersama hingga akhir hayat.
Cakap pasal wish, malam tu aku call ayah nak wish. Tapi sebelum wish tu, aku buat-buat tanya hari ini hari apa? Boleh ayah cakap hari Jumaat. Betul la tu, tapi bukan itu jawapan yang aku mahukan. Tanya punya tanya, boleh ayah tanya ibu pula hari ini hari ape. Aku dengan ibu tergelak-gelak la.. Haha
Itu maknanya ayah tak ingat hari ulang tahun perkahwinannya dengan ibu. Its oke. Ayah memang jenis seorang yang pelupa. Bila aku cakap hari ini hari ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah, boleh lagi ayah gelak. Lupa katanya.. Haha.. Kelakarlah ayah nie..
Biasalah, ayah nie jenis yang pelupa. Tarikh lahir dia pun kadang-kadang lupa. Boleh dia tanya aku balik. Haha.. Ayahh ooo ayah...
P/s: Balik cuti nanti ingat nak belanja ibu dan ayah makan.. Selalu ibu or ayah je belanja, apa salahnya anaknya belanja pula kan? Alhamdulillah ade rezeki lebih sikit. Hee
8 comments:
tahniah buat family eka.. :)
sbg anak kita kena sentiasa doakan untuk diorang spertimana diorang doakan anak2nya.. :)
Tersenyum tengok gambar ibu dan ayah ekatikah..sangat sweet..hehe..semoga berkekalan sehingga ke jannah. Di panjangkan umur, di murahkan rezeki, kesihatan yang baik, dikurniakan anak-anak yang soleh, dan solehah macam awak sekarang ni..Amin Amin ya Rabbalalamin. ^____^ Kirim salam dekat ibu dengan ayah awak boleh tak..hehe..saya doakan mereka dan awak sekluarga bahagia selamanya. heee.
selamat ulangtahun perkahwinan kepada bonda dan ayahanda sis ye.. hehehe... ni baru di katakan sweet couple...
ehem...mak cik pak cik..BK nak wish selamat ulgthn yer cik.smge cinta pak cik n mak cik smpai ke jannah
selamat ulangtahun perkahwinan pakcik n makcik :-)
Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat Pakcik dan Makcik :)
slmt ulgthn buat pkck mkck..
jgn lupa blanja tau....selamat ulangtahun pakchik dan makchik!!!
Post a Comment