Monday, February 4, 2013

SEGMEN : Blogwalking & Kenali IPT


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Universiti yang menjadi tempat aku menuntut ilmu pada usia seawal 20-an ini ialah



*UTM, Kuala Lumpur*

Universiti kedua yang dipilih semasa mengisi borang permohonan IPTA. Alhamdulillah, rezeki untuk belajar di sini. Sudah masuk sem ke 4, tahun 2. InsyaAllah lagi 2 sem tamatlah pengajian dengan memegang Sijil Diploma Science Computer (Multimedia).

Info:
UTM Kuala Lumpur (UTM KL) di Kuala Lumpur adalah sebuah kampus cawangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan berada di bawah struktur korporat yang sama sebagai kampus utamanya di Johor Bahru, Johor. KL UTM semasa yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur digunakan untuk menjadi kampus asal UTM pada 4582 Lot Jalan Semarak, dengan kawasan seluas 47,56 ekar. 

Kelebihan:
 Banyak kemudahan yang disediakan di kampus untuk kegunaan pelajar.
 Makmal yang serba lengkap dengan bahan-bahan kajian dan sebagainya.
 Perpustakaan yang dipanggil Perpustakaan Sultanah Zanariah (PSZ) juga turut mempunyai pelbagai jenis bahan rujukan dan menggunakan sistem peminjaman dan pemulangan buku yang efektif untuk pelajar.
 Pensyarah yang berkalibar, mengajar pelajar dengan penuh bersungguh-sungguh.
 Menyediakan kemudahan kolej yang mampu menanggung semua pelajar UTM.
 Mempunyai kemudahan pengangkutan pergi dan balik dari kampus.
 Kolej yang dipenghuni dari pelbagai bangsa dan agama. Means, pelajar International juga ada.
 Satu bilik untuk dua orang. Agak luas juga biliknya. Boleh main lompat-lompat lagi. Hihi
 Satu tandas dan satu bilik air dikongsi untuk dua bilik. Mudahkan? Tak perlu nak berebut, berlari jauh nak ke bilik air mahupun bilik mandi.
 Kolej yang terletak di bandar memudahkan pelajar untuk membeli keperluan dan mendapat pengangkutan tambahan seperti teksi dan LRT.
 Pada waktu perayaan dan cuti panjang pula, pihak kolej menyediakan bas tambahan untuk menghantar pelajar yang jauh tempat tinggalnya. So, tak perlu nak merungut tak dapat balik raya.. Hikhik
 Pihak kolej kerap mengadakan pelbagai aktiviti seperti gotong royong, Temasya Sukan, ceramah yang menjemput tetamu undangan khas

dan pelbagai lagi kelebihan yang ada.. Kalau nak senaraikan semua, mahu panjang juga entri nie nanti. Hihi

Sesetengah orang berpendapat, belajar di bandar nie banyak cabaran hidup. Mempunyai pelbagai dugaan dan cubaan kerana kos ekonomi yang agak tinggi serta dikelilingi dengan pelbagai hiburan. Sebenarnya semua bergantung pada niat, niat kita di sana untuk menuntut ilmu, InsyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita. Yang penting iman kena kuat.

Kepada adik Husna Humairah, , akak ucapkan good luck untuk adik.. Hopefully adik dapat sambung belajar di tempat yang ok dan yang paling penting belajar di course yang menjadi pilihan adik, InsyaAllah 

P/s: Tambahan: UTM KL ini juga selalu menjadi tempat pengambaran filem-filem mahupun drama tempatan. Tak percaya? Sila tengok drama Stanza Cinta. Hihi 

Baca SINI

20 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

menarik ni..

Kak H said...

wah, menarik jgk! byk info sy dpt.. terima kasih atas kata2 semangat tu! :)

terima kasih juga sebab join kak ;)

oh ye, tarikh tutup segmen saya percepatkan taw, iaitu pd 7hb Feb.. saya percepatkan atas sebab tertentu..

nanti saya umumkan pemenang, dan akan umumkan kpd kalian. haa, saya dah follow back k.

jika ada banner yang hendak di kongsi, sila beritahu di cbox saya supaya senang saya nak lihat semula! :)

sini senarai peserta, sila blogwalking -> http://milikhusnahumairah.blogspot.com/p/senarai-peserta-segmen.html

Unknown said...

selamat bersegmen ^^

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

bagus segmen ne.. boleh kenal u-u semlaysia

Unknown said...

wah, best dpt blaja kat utm, bidang pon nmpak menarik, cerah masa depan...gud luck ye awk... aha, sy pon ade kawan kat utm kl, tp x igt dye amek course ape..heee...

da follow and bw kat blog comel ni...

Unknown said...

uniknya segmen ni ! :D

Kak H said...

oh yeee, TOLOOOOONG gerak ke blog sy, tulis di cbox samada anda pengguna celcom/maxis/digi supaya senang utk saya beli topap dulu *jika anda menang* :)

Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak akan diambil kira untuk dijadikan pemenang :)

Anonymous said...

dari blog yang sama . done follow sini . goodluck akak ! heheheh :D

follow back :D

http://shafynanas.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Nur Nainis said...

Waa..ambil sains komputer..multimedia ye.. Buat 3d guna maya tak? selamat bersegmen ye.

f.aliaa said...

Hi! Salam ziarah dari UPM, all the best! Jemput singgah :)
http://thobibi.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-dan-kenali-ipt.html

Ubaidullah Jaafar said...

nice =), singgah segmen saya jugak
http://www.ubaidullahjaafar.my/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Atiqah Ivy said...

Hye student UTM..

sy student UTeM..

join segmen yg same :)

Madiey Fazudin said...

Berbalas kunjungan..tq sbab komen entry sya..ada juga kawan yg study dekat UTM course apa x ingat la..btw dh follow awk..

Yong Baiaah said...

datang sini dr segmen yg sama :) lawatan kembali

http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Nana Lee said...

singgah dari segmen yg sama..

i follow dan gud luck! :)

Yong Baiaah said...

dari segmen yang sama, saya Unimas, sarawak, kalau datang sana jangan lupa cari saya ya .. done follow u

http://ceritasukadukasaya.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

selamat bersegmen yer dik

nicosikura said...

pin.. pin.. pon.. pon.. ^_^ hai budak UTM.. jom melawat UPSI.

http://kurakuramenari.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Diya Hanun said...

bestnye :D

http://fardiyah.blogspot.com/2013/02/segmen-blogwalking-kenali-ipt.html

Ubaidullah Jaafar said...

Singgah kesini =) , Mula-II dulu ada niat nak mohon UTM ,, tapi dijodohkan dengan UTHM ,, hehehee ,, Papepon tahniah ea =)