Friday, March 8, 2013

Kriteria Penderma Darah



Alhamdulillah, pagi semalam dapat juga aku menderma darah. Nak kata tak pernah menderma, pernah. Tapi... sebelum nie nak menderma kene minta izin daripada parents terlebih dahulu. Tidak cukup umur katanya.

Untuk pengetahuan anda semua, ada beberapa kriteria yang perlu kita patuhi dan fahami sebelum menjadi salah seorang penderma. Berikut adalah beberapa kriteianya:

 Pertama sekali mestilah sihat tubuh badan pada hari mahu menderma.

 Mesti cukup umur dalam lingkungan 18tahun hingga 60tahun.

 Bagi yang umur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran tertulis daripada ibubapa atau penjaga. 

 Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.

 Berat badan melebihi 45 kg.

 Tidur yang melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.

 Tiada masalah kesihatan.

 Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan. Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan. Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.

 Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)

 Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:

  • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
  • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
  • Hubungan jenis dengan pekerja ses komersial/pelacur
  • Mengambil dadah secara suntikan 
  • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas


 Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood) dan 2 minggu untuk penderma aferesis.

 Untuk penderma wanita:

  • Tidak mengandung
  • Tidak datang hais
  • Tidak menyusukan anak


 Jangan menderma darah jika anda:

  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 buan atau lebih.

Sesungguhnya penderma darah adalah istimewa. Ini kerana, tidak semua orang yang boleh menjadi penderma. Hanya yang tertentu dan memenuhi kriteria di atas sahaja yang boleh menjadi penderma. 

P/s: Dahulu sebelum menderma mesti dapat pengesahan daripada parents. But now, tidak perlu semua itu. Umur sudah 20 tahun, sihat tubuh badan. Tiada masalah untuk menderma.. Hihihi. 

Baca SINI dan SINI

4 comments:

Nory Zoulkefle said...

last derma darah masa form 6 kat sekolah dulu..

lama dah tak derma darah..huhu

Nur Nainis said...

Tak pernah menderma darah..selalu je ada event menderma darah dekat u saya, tapi saya tak pergi pun..huhu..

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus info ni..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak xpnh derma drh