Sabtu lepas aku ada update mengenai Oreo Cupcake yang sempat aku buat sebelum balik kolej. Alhamdulillah, ramai yang suka dan cakap sedap. Sampaikan ada yang minta resepinya sekali. Hihi
So, sini aku listkan bahan-bahan dan cara-cara membuat Oreo Cupcake. Tersangatlah mudah dan pastinya menjadi.
BAHAN-BAHANNYA
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan
BAHAN BUTTERCREAM
[Untuk mereka yang mahu letak buttercream sebagai topping]
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis
CARA MEMBUATNYA
- Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
- Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
UNTUK BUTTERCREAM
Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...
Gambar dibawah ini ialah hasil Oreo Cupcake yang aku buat. Bajet nak buat bentuk love, lastnye tak menjadi. Hahahaha.. Its oke. Yang penting rasanya, aummmm...
Selamat mencuba
P/s: Ayah dan ibu bukan main puji cakap sedap. Siap plan nak buat untuk raya nanti. Waahh, dah pas ke nie untuk kahwin? Muahaha.. Oke, gurau saje
12 comments:
senang nak cuba la.. xyah hias bagai.. bt mcm eka je.. senag..hoho
saya suka makann jee..malas dah nak buat sbarang kek ke hape ke takut tak jadi hahaha. melainkan ada teman hahaha
and one more thing rumah saya takde oven. sadis kan?hahaha
sedapnyaaa.. rsepi dia pun tak memeningkan.. boleh cuba ni.. perisa oreo skrg ni memang hot kan kan hehehe
jom2 try =)
Mieya tak pernah try buat kek lagi. Takde keberanian untuk mencuba.
eh ade bntuk love..
done follow sini..comel blog ye
Salam.. bru 1st singgah sini :)
Wah..tengs sbb share, boleh la try
Wah..nak try la..cupcake perisa oreo cam menarik je...anak-anak mesti suka..tp kenq pegi buat kat rumah mak..tak beli oven coz kat rumah dah xde space >.<
share resepi yer..bgus2..boleh akak buatkn nih..hehe
mcm sedap. nak cubalah nanti :)
ada resepi yg best ni hikss
Ala..tak suka oreo..huhuhu.
Post a Comment