Friday, November 4, 2011

Orang India Mesti Hitam Ke??




Baca Diolog Di Bawah Terlebih Dahulu:

Pakcik: Kamu nie orang ape? Orang Banglaa erk?

Orang India: Ish, tak.. Saya orang India.

Pakcik: Kamu orang India? Takda rupa orang India pun **sambil buat muka pelik

Orang India: Betullah Pakcik.. Saya Orang India...

Pakcik: Kalau orang India, kenapa kamu tak HITAM?? **dengan selambe jew Pakcik tu

Orang India: …………………………………………… --‘

OK, tajuk agak sensitif di situ...Tapi baca dulu diolog dekat atas ini baru korang faham...Tak faham lagi?? Haa, mehh sini aku cite sat..

Peristiwa ini berlaku di dalam bas semasa aku hendak pulang ke rumah daripada rumah saudara aku hari tu...Dalam bas tu tak ramai mana pun..Adalah dalam lima orang macam tu termasuk driver bas...Perbualan mereka yang agak pelik tu yang telah menarik perhatian aku untuk mendengarnya...Yup, perbualan mereka seperti dialog di atas...

Ishh, aku tak tahu apa problem Pakcik tu...Dia baru jew naik bas terus duduk depan orang India tu...Duduk tak sampai lima minit dah tanya soalan yang bukan-bukan..Tapi nasib baiklah orang India tu tak panas baran orangnya..Yewla, ada sesetengah orang pantang cakap pasal warna kulit nie...Lebih-lebih lagi kaitan dengan bangsa kita an...

OK, dari pandangan akulah...Warna kulit tidak menentukan kita bangsa apa...Contohnya, orang yang berkulit hitam hanya untuk orang India sahaja??...Ishh, tidak...Aku sendiri pun kulit gelap tapi bukan orang India tau..#takdelah gelap sangat..hehe 

Ada juga orang India yang berkulit putih..Mungkin sebab masa mereka dalam kandungan perut ibu mereka banyak minum soya..Yew, orang tua-tua cakap kalau mahu anak yang dilahirkan nanti berkulit putih, banyakkan minum soya semasa mengandung..Haa, tips tu..hehe

Aku gelap nie bukan sebab ibu aku makan banyak kicap semasa mengandungkan aku dulu..Tapi aku gelap disebabkan berjemur di panas terik..Dengan mandi laut di tengah hari..Maklumlah kecik-kecik dulu an degil..Lepas tu dah besar dengan kawad kaki lagi masa aku PLKN dulu..--' 

Kesimpulannya apa yang dipercakapkan oleh Pakcik itu sememangnya salah...Suke hati dia jew nak tentukan orang bangsa apa..Haha..aku tengok pakcik tu pun bukan putih sangat nak cakap yang dia orang melayu..lebih gelap dari orang India tu adalah..Mungkin sebab dia jelez orang tu lebih putih dari dialah dia cakap macam tu..


P/s: Banyak orang banyak ragamnya..

5 comments:

Diyana Ali said...

haha biase la orang tak kenal terus main serbu je :)

Hawa Ahmady said...

kawan kita yang india pun berkulit putih..cantik pulak tu,.

EkaTikah said...

@diyana: hehe, tulah pasal..

EkaTikah said...

@hawa: hehe, same2..kawan kite pun mcm tu jugak :D

Ezad Skytech said...

mulut takde insurans ke pakcik tu..? heee~