Hai Semua..
Sebelum aku start merapu untuk entry aku kali nie, aku mahu tanya satu soalan dulu..Siapa antara blogger-blogger kat sini yang fasih dan mahir berbahasa Mandarin??..
Kepada orang Cina tak payah tanya laa...Sudah tentu mereka fasih dan mahir dengan Bahasa Mandarin nie..Itu bahasa yang mereka gunakan tiap-tiap hari..Terutama apabila bercakap sesama mereka..
Tetapi tak semua tau orang Cina fasih dan mahir Bahasa Mandarin nie..Sebenarnya hari ini merupakan kelas pertama Bahasa Mandarin aku untuk Sem 2 nie..Dalam kelas aku tu still ada budak Cina yang ambil subjek Bahasa Mandarin nie..
Apabila di tanya lecture kenapa ambil subjek Mandarin nie, dia cakap dia tak pernah belajar Bahasa Mandarin nie..Pelikkan, jarang jumpa orang Cina yang tidak tahu Bahasa Mandarin nie...Tetapi itulah kenyataannya..Mungkin dalam family dia guna bahasa lain..Mungkin Bahasa Melayu ke? Hehe
Pada mulanya aku ada terfikir juga mahu ambil subjek Bahasa Jepun daripada Bahasa Mandarin nie..Tapi setelah fikir-fikirkan balik banyak juga kelebihan Bahasa Mandarin nie..Salah satunya kemudahan untuk kita apabila mahu mohon kerja nanti..
Seperti yang korang semua tahu, kebanyakkan company sekarang taokenye orang Cina..So, ini merupakan satu kemudahan untuk korang bekerja dengan company orang Cina..Dan korang boleh faham apa yang diperkatakan orang Cina..Manalah tahu diaorang mengumpat orang Melayu ke..At least kita tahu apa yang diperkatakan an? hehe
So, aku tak mahu lepaskan peluang belajar Bahasa Mandarin nie..Walaupun ramai cakap senang, tapi nak mencuba sesuatu yang baru agak sukar juga..Hope semuanya oke..
P/s: Aku tabib dengan lecture aku nie..Dia berkelulusan dari Hiroshima, Japan tuu..huhu
9 comments:
wahhhh... bestnya belajar bhasa mndarin.. susah tak?
saya pernah blaja bahasa mandarin 2 sem. tp still faham dan bleh cakap skit2 je. huhu. susah gak kalau tak minat. kena ada minat.
lausher ensem x ??... hee
ken ieyza ade gak yg xthu ckp cina even dia cine..hee
Tak semua cina kat Malaysia pandai cakap Mandarin! Sbb Cina negara kita banyak kaum, kebanyakan yg x guna Cina Mandarin, dorang guna cina kantonis! So sangat berbeza...
Yana pun baru belajar sem ni, dah nak abih pun semester ni! Sangat minat, alhamdulillah...setakat ni dapat follow dgn baek! Perlu tanamkan minat (^^,)
tok foreign language ika amek arab..ta brni nk amek mandarin..takut ta pass
Haha...tak ske blajar mandarin..kelas paling malas kiz nak pergi..
Ni chou shenme?
tak salah nak belajar kan...
mmg time nak minta kerja nanti mungkin akan senang...kita paham la apa yang mereka cakap kan...nak berkomunikasi dalam bahasa Mandarin pun takde masalah nanti..:)
eh ! bestnya ! boleh la bt segmen bljar bahasa mandarin brsama Eka Tikah ! yeeeah ! :D
saya boleh cakap bahasa mandarin peringkat elementari. Mungkin kita boleh tubuhkan kelab bahasa mandarin bagi mereka yang meminati bahasa ini.
zul jb..
zakariahyaacob@yahoo.com
Post a Comment