Wednesday, November 16, 2011

Review Drama Si Tudung Tweet




Hello guy..Huuh, buat apa tu?? 

Malam ini aku update entry lambat sikit? #sikit? lewat dah kot Hehe..Bukan apa..Tadi aku dok leke tengok drama tv9 tadi...Si Tudung Tweet..Ala, Liyana Jasmay dan Juliana Evan berlakon...

Baca tajuk drama tu dah tau ini berkaitan dengan perempuan yang bertudung..Dalam drama itu, Liyana Jasmay memegang watak seorang gadis melayu yang bertudung..Dan Juliana Evan pula memegang watak seorang gadis yang glamar dengan fashionnya..Mereka berdua ini sama kelas iaitu kelas fashion...

Melihat sahaja perwatakan Zubaidah [Liyana] yang bertudung dan berbaju kurung sentiasa ditertawakan oleh teman-teman sekelasnya..Maklumlah kelas fashion tapi cara pemakaiannya seperti gadis kampung yang tidak tahu apa-apa tentang fashion...

Marisa [Juliana] yang dikenali dengan kecantikannya dan digila-gilakan oleh seorang seniornya di situ membuatkan Zubaidah jeles akan Marisa..

Apabila Zubaidah ditawarkan menjadi seorang model yang bertudung, dia mula terkenal dan disenangi orang ramai..Lebih-lebih dalam laman TweetJer...Followernya sampai mencecah 8 ribu  kot..Dia ingat, dengan popularitinya itu boleh menarik hati lelaki pujaannya iaitu Aiman [senior].. Anggapannya silap, malah seniornya itu lagi mempermainkan perasaannya...

Sampaikan dia tertipu dengan semua helah seniornya itu...Kononnya selama ini orang yang selalu mengenakan dia dalam laman TweetJer itu ialah Marisa..Tetapi itu semua adalah kerja seniornya itu..Disebabkan perkara ini, Zubaidah menyerang Marisa dan menuduhnya yang bukan-bukan..

Akhirnya, apabila Marisa menerangkan apa sebenarnya yang berlaku baru dia sedar akan perbuatannya yang menyerang Marisa secara melulu itu membuatkan dia malu..Habis tersebar luas dalam laman TweetJer video Zubaidah menyerang Marisa..

Itu menjejaskan popularitinya dan jumlah follower TweetJer itu berkurang secara mendadak..Melalu peristiwa itu Zubaidah terus berubah menjadi dirinya yang asal..Manakala Marisa, telah mengenakan tudung sama cara Zubaidah peragakan...Yang penting peruahan Marisa itu ikhlas dari hatinya..

Huuh, berikut adalah ulasan dari aku tentang drama Si Tudung Tweet..Walaupun drama ini pendek dan agak kemodenan, isi yang hendak disampaikan melalui cerita ini amat bermakna.." Kita bertudung biarlah dengan ikhlas..Jangan bertudung disebabkan mahu bergaya dan mahu memikat hati seseorang.."

P/s: Maaflah entry aku malam nie agak panjang..Ala, sekali sekala baca entry panjang apa salahnya..Senaman mata sebelum tidur..hehe

#Sambil-sambil tu, aku nak minta jasa baik korang tolong like gambar INI...Jangan risau itu hanya gambar aku sahaja..Hehe..Sayang korang..


8 comments:

azu said...

hahah..azu pon layan gak citer tu tadi, syok pe..pe2 yg baik tu mesti dtg dr hati kan..;)sama2 kita amik iktibarnye.

Nana afLs said...

tngok jg ni tadi.. best kan! hihi :D

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

mcm bes je.. bes ker???

Shiema Sufian said...

shiema terlupa nak tengok -.-'

Pendamba Mawar said...

mungkin ada yang berlaku di persekitaran kita sebenarnya

Unknown said...

yupp.yup..bes kowt cite die ^_*

Ezad Skytech said...

terlepas pulak nak tengok cerita tu..

S.NorFatihah said...

cerita ney bestt ! tpi smpt tgok part yg last :(