Monday, January 7, 2013

Anugerah Juara Lagu [AJL] Ke 27


Yuna, Aizat muncul juara AJL 27

Semalam sudah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 27 di Stadium Putra Bukit Jalil. Tema yang digunakan ialah gabungan seni dan muzik..Kepada mereka yang tengok secara live tu beruntunglah. Aku? Tengok kat tv pun tak dapat tau. Kesian kan?? T__T

Orang lain heboh huuuhaaa huuhaaa tengok AJL. Aku, dok heboh buat aiskrim satu Malaysia kat bilik.. Gambar di bawah ialah hasilnya:


Tak banyak mana pun yang aku buat. Hanya untuk diri sendiri dan juga untuk di jual sedikit.. Peti ais kat pantry tu tak boleh letak banyak-banyak barang. Kang dek muntahnya semua, habis semua barang dalam peti ais tu..

Balik kepada tajuk di atas. Korang semua mesti sudah tahukan siapa pemenang-pemenang AJL untuk kali ke 27 ini. Tak tahu? Haa, nie aku senaraikan secara ringkas siapa pemenang-pemenang AJL untuk kali ke 27 ini.

 Juara: Terukir Di Bintang oleh Aizat / Yuna
 Naib Juara: Idola oleh Azlan and Typewriter
 Ketiga: Ku Akui oleh Hafiz
 Persembahan Terbaik: Teman Pengganti oleh Black & RJ/Malique
 Vokal Terbaik: Ku Akui oleh Hafiz

Tak perlu nak hurai panjang lebar sebab sudah ramai di luar sana yang menjadi juri tidak berdaftar. Hekhek, faham kan apa yang aku maksudkan?  Apa-apa pun tahniah untuk semua pemenang. 

P/s: Beginilah cara mahasiswa mencari duit lebih. Dengan menjual aiskrim, sedikit sebanyak dapatlah jugak hasilnya. Lepas duit basuh baju guna mesin pun sudah cukup.. Hehe 


5 comments:

Seneorita Baharin said...

betul tu kn,at least jual tu dpt la menampung duit mesin ke or nk g shopping ke kan..hee..dulu sye ada jual brg2 prelove dgn kwn..best kn bwat bisnes :) btw, Good luck to u dear!

Nurul Aini said...

hehe..akak pun tak tengok..jeling2 je..tengok aizat dan akhir dia. hoho..bagus ber bussines menjana pendapatan..yang tak tahan nya bila hasilnya, lepas lah basuh baju guna mesin..haha..faham2.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

sedap lah aiskrim tu.... hehehehe

hazwan hairy said...

best gila tgk live smlm..haha..rmai gak blogger :p

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah,sedap tu eskrem..puas hti.