Saturday, January 5, 2013

Lauk Tempoyak Pilihan Hati




Lauk tempoyak adalah salah satu laun kegemaranku. Jarang-jarang sekali nak masak lauk tempoyak nie. Selalunya kalau musim durian, musim tempoyak jugak la.. Hee

Ingat lagi, lauk tempoyak pertama dan paling sedap yang pernah aku makan ialah lauk tempoyak masakkan arwah nenek. Pehh, jangan cakap. Sekali rasa terus menyengat, pedasnya tidak terkata. Orang cakap, tempoyak pedas-pedas baru terangkat. 

"Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi." Ibu mewarisi air tangan arwah nenek. Naseb baiklah ibu pandai masak lauk tempoyak, kalau tidak memang kempunanlah anak dia nie nak makan lauk tempoyak yang sesedap arwah nenek masak. Hekhek..

Seperti yang korang semua tahu, tempoyak ini berasal daripada durian juga kan? Terus terang aku cakap, aku adalah salah seorang manusia yang tidak makan durian, tapi makan tempoyak. Pelik tak? Hahaha *geleng-geleng kepala* 

Biasalah, lain orang lain cita-rasanya. Ada orang makan durian, tapi tak makan tempoyak. Tak sedap katanya. Haha.. Terbalik dengan aku pulak dah. Aku suka tempoyak tapi tak suka durian. 

Korang pula bagaimana? Hihi 


4 comments:

Nurul Aini Zakaria said...

siapa tak makan tempoyak rugi kot..hehe..my favourite too..orang kata gulai tempoyak tak sedap sebab diorang tak pernah makan gulai yang sedap..diorang makan terkena yang masak tak sedap..hoho..marah orang tu.

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza dulu2 tak makan.. skrg makan lah juga tapi sangat sikit kuantitinya..hehehe

hajar said...

sedapnyeee... lama dah x mkn tempoyak... stok ade tapi malas nk masak cmne tu?? hehe:P

Dianaa said...

FD tak pernah makan tempoyak T__T