Sunday, January 20, 2013

Seronok Mengata Orang? Puas?



Apa perasaan korang apabila ada sesetengah orang mengutuk kekurangan korang? Mengejek ciptaan Allah swt? Adakah happy apabila menjadi buat mulut orang? Ohh, sama sekali TIDAK T___T

Best sangat ke mengejek orang nie? Kau mengejek orang sama seperti kau mengejek ciptaan-Nya. TAHU!


Cukuplah sebelum nie aku pernah dipermainkan sebegitu teruk, dan semalam aku kena lagi. Entah dari mana datang, tibe-tibe hantar bbm kat aku seperti di atas. Sumpah terkejut, terpaku aku bila baca bbm tu. Mood aku terus melayang. Assignment entah ke mana. Air mata mula mengalir. Fikiran muka mengenang kisah lalu.

Aku masih boleh terima kalau orang ejek atau mengata aku gemok, debab. Yes, aku akui itu. Tapi janganlah sampai cakap yang mencarut. Aku makan "BABI" bagai. Woiii, aku rasa kau silap orang. Aku rasa KAU yang makan BABI. Sebab apa? Sebab mulut macam kau serupa orang yang makan "BABI"!

Lagi satu. Aku macam nie pun aku ada menyusahkan kau! Ada? Ada? Kenal kau pun tidak. Bajet handsome, baik. Semua itu PALSU! Kaulah manusia yang bertopengkan syaitan!

Kalau diberi pilihan aku tak mahu jadi macam nie. Pergi mana-mana orang pandang serong, mengata belakang. Aku pun mahu menjadi manusia biasa yang sedap mata memandang. Tapi aku tetap bersyukur dan tidak pernah menyesal menjadi seperti sekarang. Kenapa? Kerana setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya. Allah swt jadikan aku begini pasti ada sebab mengapa. Aku redha semua itu.

Semua orang punyai perasaan. Cuba orang mengata kau itu ini, pasti kau tak suka kan. So, stop lah daripada mengata orang itu ini. Suatu hari nanti pasti kau akan merasa perasaan seperti mana aku rasa sekarang.

P/s: Thanks pada bestfriend aku yang telah bagi semangat dan buat aku tersenyum kembali. Ada juga orang yang care pasal aku rupanya. Sayanggg korang 

13 comments:

Lissa LaLissa said...

ishh..jahatnya orang macam tuu..
huhu sabar ehh..? semua ciptaan Allah ada indahnyaa., orang macam tuu orang x tahu bersyukur jea tuu., huhu stay strong yeap.? ^^

Nurul Aini said...

auwww..mulut dia..aishh..sabar ye dear..tak payah dengar sangat cakap orang ni memang sangat menyakitkan hati. Macam kisah luqman al-hakim, naik unta salah, tak naik salah, anak dia naik seorang salah, dia naik sorang pun salah. Moralnya, jangan ambil pusing percakapan manusia means yang buruk kerana ia akan membuatkan diri kita bertambah tertekan..Jangan sedih ye. Saya kan ada.

Cik Zara said...

biasalahkan mulut orang.. silent is better.. :)

Hanna Nabiella said...

saba yew sys..bia kan aje dorang, bila dah pnat snyap lah tu. if someone has something bad to say about u, it's probably b'coz they hve nothing good to say 'bout themself. So, saba oke ? :)

sha_azmi said...

siryesly, let them be,biarkan org berckp..nnti lame2 snyap jgak huhh,,sabar^^

Ezad Skytech said...

mmg agak kurang ajar org2 yg mcm tu..sabar je ye...mulut org mmg payah nak tutup...

nuyui a.k.a miss YUI said...

ksr sugguh bahasanya..akk plak yg geram..

eh, dah berdot my ea..besh dia.

hazwan hairy said...

ish! org gila mna tuh?terukk!! hntam ja ramai2...elok sgt lah tu kot...nth2 dia pn cam b***

Shiyda Aqma said...

tak baik mengata org ni , tuhan marah . huhu

alia syuhada said...

kurang ajar nya mulut !! Sabar ya kak ! Doa orang teranyaya termakbul xD

Nieyxzha Hassan said...

Jangan dilayan..dia nak psyco kita..kalau kita layan..maknanya kita sama macam dia..ignore je..abaikan dia tu..

Sufina said...

Bersabarlah :)
Allah takkan menurunkan sesuatu ujian itu sekira hambaNya tidak mampu . Allah tahu segala :)
Be strong girl .

Btw , thanks for your comment on my post :) Nak tahu ke buat camana beg tu ? hehe ~

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tuhan xsuka org yg mengata org ni