Sunday, January 20, 2013

KISAH BENAR UiTM Lendu



Siapa yang tidak tahu akan kekecohan yang melanda UiTM, Lendu, Alor Gajah dalam beberapa hari ini? Mahu heboh di merata tempat mengenai kisah UiTM Lendu kene rasukan, pukau dan segala cerita misteri terbongkar.

Berikut ada salah seorang pelajar atau penuntut disitu membuat satu pengakuan dan menceritakan segala apa yang berlaku di sana. Baca blog itu--> Day Eighteen. Walaubagaimana pun, post itu sudah didelete atas beberapa sebab yang tertentu. 

Lepas sudah tersebar post itu, muncul pula post dari seorang blogger yang mengaku akan semua yang diceritakan oleh Ruzanna adalah terlebih-lebih cerita. Menurut katanya, Ruzanna akan dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak universiti atas kesalahan menyebarkan cerita palsu. 
Baca entri ini--> The Truth Behind Kes Rasuk UiTM Lendu

Baik sahaja blogger tersebut menceritakan hal sebenar [katanya], Ruzanna tampil dengan post terbaru iaitu--> Day Nineteen

Ok. Aku sendiri naik keliru membacanya. Mana satu kisah betul, mana satu kisah salah. Ikutkan hati, nak saje aku pergi UiTM Lendu tu untuk temu ramah dengan sendirinya pelajar-pelajar di sana. Al-maklumlah rumah aku dengan UiTM Lendu tu takda la jauh mana. Tapi... tak jadilah. Takuttt.. Arghhh.. T_T

Terlebih rajin pula, aku search untuk dapatkan kepastian. Adakah UiTM Lendu benar-benar berhantu? Atau hanya cerita gebang? Ini yang aku jumpa--> Gambar Kisah Rasuk Hantu Di UiTM Lendu Melaka

Haah, sudah. Macam-macam cerita yang aku jumpa. 

Now terpulang pada korang sendiri mahu percaya yang mana satu. Kepada mereka yang pernah mengalaminya sendiri, mereka pasti tahu akan cerita yang sebenar. Well, biasalah.. Banyak asrama punyai tuttt.. Cuma kita sahaja yang pernah mengalaminya atau pun tidak.

P/s: Sejak dua menjak nie rajin pulak aku update tengah malam. Huuh, update tengah malam cerita macam nie boleh naik bulu remang dibuatnya.. Huuuu

TERKINI: Post The Truth Behind Kes Rasuk UiTM Lendu is already delete oleh tuan punya blog atas sebab-sebab tertentu. Walaubagaimana pun, blogger tu tak salah [aku rasa]. Sebab dia hanya sampaikan apa yang ayahnya katakan. Aku rasa tak perlu kot orang ramai hentam dia.

Klik SINI

7 comments:

Nadrah Zulkifly said...

Sorry saya dah delete post tu. Sebab ada makhluk Allah sorang ni hentam saya pasal kes ni. Saya cuma state yang ayah saya cakap, dia harap benda ni dah tak tersebar. Masalahnya cerita Ruzanna tu agak ter-exaggerate. So saya nak terangkan perkara yang betul which is kes ni telah memalukan nama UiTM Lendu, tapi makhluk Allah tu hentam saya gila2, siap main bapak2. Saya geram. So this is my post dedicated to the makhluk Allah. Hope you guys understand and delete the post URL please. Sorry sangat.

http://nadrahzulkifly.blogspot.com/2013/01/last-post-kes-rasuk-uitm-lendu.html

Maisarah Azmi said...

owh...macam tu erk.. macam2 lah.sebenarnya benda tu ada kat mana2.. cuma trend sekarang nie je menaikkan cerita nie.

fatin amalina husna said...

xtaw lar cite nih betul ke x..ada ura-ura ckp cite nih bohong..tp wallahualam..=)

hazwan hairy said...

betul ckp maisarah..bnda ni ada ja kat mna2..org yg xpernah nmpk plak over buat entry menambah2 cerita..haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

akk tak amik tau psl ni la plak..

inna_risna said...

macam2 pula plot cerita pasal hantu kat uitm lendu tu.
rasanya stdent yg kat sana sj tahu hal yg sebenarnya. kita nie sbgai pembaca, kena bijak jg menilai mana satu yg betul/salah. ^^

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

xtau la citer ni betul ker x