Friday, January 25, 2013

Eh, Kolotnya Kau!

 

Apa yang dimaksudkan dengan KOLOT?

Orang selalu cakap "Eh, kolotnya kau.. Pakai baju fashion dahulu kala nie" "Woi, kolotnya fikiran kau nie!" dan pelbagai lagilah. 

Apa pendapat korang tentang sesorang yang berfikiran kolot? Fikiran yang terbatas dengan hukum hakam agama sahaja? Menganggap buat ini tak boleh, buat itu tak boleh. Haram katanya. Padahal sesungguhnya itu tidak langsung melanggar hukum hakam agama. 

Sememangnya kita sebagai orang Islam sewajibnya menuntut hukum hakam agama Islam. Tetapi hukum hakam Islam tidak melarang kita untuk buat sesuatu kebaikan. Sebagai contoh tidak melarang kita untuk bergaul sesama manusia.

Yes, kita ada batas-batas pergaulan sesama manusia. Batas-batas pergaulan antara muslim dan non muslim, batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Walaubagaimana pun, janganlah disebabkan batas-batas pergaulan tersebut, hubungan antara sesama manusia rosak. 

Kita dilahirkan di dunia ini untuk saling melengkapi, tidak kira pelbagai sudut. Kita tidak boleh berpendapat pada satu tujuan sahaja. Mungkin kita juga memerlukan pendapat orang lain. Begitu juga dari segi pergaulan. Janganlah bersombong atau menyembunyikan diri dariapda bergaul dengan orang lain, contohnya tidak mahu bergaul dengan golongan lain jantina.

Seperti mana yang kita lalui dalam kehidupan, kita juga memerlukan pendapat orang lain tidak kira dari segi apa pun. Mungkin juga pendapat mereka itu lebih bernas daripada kita. Sekurang-kurangnya tidaklah kite tepu pada satu benda sahaja. 

So, bagi aku, agak kolot kot untuk mereka yang tidak mahu bergaul dengan orang lain atas sebab yang agak tidak munasabah. 

Kita boleh bergaul, berkawan, berbincang, berkongsi malasah dengan sesiapa pun yang kita mahu. Asalkan tidak melanggar hukum hakam agama Islam. Remember, agama kita tidak melarang atau mengharamkan untuk bergaul dengan semua orang. Tetapi ada batas-batasnya

Lihat SINI

P/s: Islam TIDAK KOLOT sama sekali. Tetapi manusia yang bersifat kolot. Menganggap sesuatu perkara itu tersangatlah sensitif.

 

8 comments:

alia syuhada said...

Ye setuju ! Tapi alia malu sikit nak tegur budak lelaki . Kalau dah tegur baru alia layan sikit :D

CikMunBlogger said...

Islam bukan kolot . bahkan Islam menjaga batas pergaulan kita , melindungi kita daripada benda yang tidak diingini .

zila manaf said...

kawan2 keluarga adalah cermi kita, beza ye dgn mengutuk hehe eh yeke ;p

faiq said...

gaul la mcm mne pun...asal batas jage

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza ni pakaian pun tak ikut fesyen sgt. haaaa

ummiaiman said...

Saya pun tak ikut fesyen...tp insyaallah ikut hukum
Salam ukhuwah dan salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

Remy hazza said...

biar nampak kolot dari terlalu open sampai lupa asal usul...lupa diri......

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

KOLOT XPER ASALKAN XMENJATUHKAN MARUAH SBG ORG ISLAM HUHU