Thursday, January 10, 2013

Gangguan Ruam Kulit


Ruam merupakan gangguan kulit yang bersifat sementara. Kulit akan menjadi merah disebabkan jangkitan bakteria. Ruam ini terjadi dalam pelbagai bentuk dan ukuran. Sesetengah daripadanya berbentuk lepuh yang gatal, berbintik-bintik merah, mahupun berkulit kasar. 

Ruam selalunya terjadi pada kulit baby kerana kulit baby di awal usia muda tersangatlah sensitif. Tetapi tidak terkecuali juga untuk mereka yang dewasa.

 Di bawah ini adalah beberapa jenis ruam yang ada:

Ruam lampin
 Penyebab: Kulit bersentuhan terlalu lama dengan air kencing, najis dan bahan kimia tertentu
 Rupa bentuk ruam: Ia kelihatan merah, sedikit kasar, berkerak dengan garisan sempadan tompok yang jelas. Selalu  terjadi bertompok-tompok diikuti dengan bintik-bintik kecil diluar kawasan terjangkit.
 Kawasan kulit yang berjangkit: Kemaluan, punggung, kelangkang dan peha
 Gejala-gejala lain: Kerengsaan, terasa sakit, gatal dan bengkak kecil
 Penjagaan sendiri: Sapu krim anti keradangan dan anti kulat. Jangan menggunakan sabun pada ruam lampin

Ruam gatal
 Penyebab: Tindak balas alahan terhadap makanan, jangkitan virus, ubat, gigitan serangga atau bahan-bahan lain.
 Rupa bentuk ruam: Tompok yang menebal dan membojol seperti sengatan lebah. Ia akan timbul dan hilang dan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
 Kawasan kulit yang berjangkit: Mana-mana bahagian
 Gejala-gejala lain: Teramat gatal, bagi kes yang teruk boleh menyebabkan kesukaran bernafas, bengkak tekak (memerlukan rawatan kecemasan)
 Penjagaan sendiri: Mandi dengan air sejuk atau tuam dengan sesuatu yang sejuk. Jika kegatalan yang dialami sangat teruk, dapatkan ubat antihistamin seperti Chlorpheniramine. Berjumpalah doktor sekiranya ia melarat dan menjadi semakin teruk

Ruam panas
 Penyebab: Kelenjar peluh tersumbat oleh habuk dan kepanasan
 Rupa bentuk ruam: Jerawat kecil berwarna merah. Terdapatnya lepuh yang berwarna merah jambu di atas kulit.
 Kawasan kulit yang berjangkit: Dada, di belakang pinggang, ketiak dan kemaluan.
 Gejala-gejala lain: Gatal-gatal
 Penjagaan sendiri: Elakkan dari kepanasan. mandi dengan air sejuk. Sapu losyen Calamine.

Berikut adalah beberapa langkah cara pencegahannya:
 Memakai sarung tangan ketika membasuh atau membuat kerja rumah.
  Gunakan sabun yang lembut untuk membasuh pakaian dan membilasnya dengan sempurna
 Gunakan krim pelindung sebelum bekerja dengan sesuatu yang basah (contohnya air, pelarut atau sebagainya)
 Pakai pakaian yang diperbuat daripada 100% kapas untuk kulit yang sensitif
 Pastikan kuku jari korang pendek untuk mengurangkan kerosakan kulit akibat menggaru.

Oklah. Hope info di atas dapat membantu korang. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah penyakit ruam yang korang alami. Hee

P/s: Sudah lama aku mencari info tentang ini. Apabila sudah jumpa nie, apa salahnya kalau berkongsi dengan korang semua 


8 comments:

new hope said...

thanx utk info ini

KLIK nasib murid sk surat ibubapa

Lyeen De Syifa said...

dlu adik kecik sllu knea ruam tu..tp ubat wajib ada bedak dlm tin merah tu..hahaha

Nurul Aini said...

hehe..untuk baby kan.

Salwati Sapei said...

oic..barulh sis tau ape yg sis kena tu ruam rupenyer..hoho tq for info;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

mcm2 jenis..

Leeza dayasari [santai leeza] said...

leeza paling stress bab2 ruam ni. selalu kalau kena gigit nyamuk pun makan masa berminggu2 nk hilang.

✿A I N A A✿ said...

menarik!! terima kasih bg peringatan.. tapi setakat ni alhamdulillah, ena tak ada mslh ruam2 ni.. ngeeeee

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

mcm2 jenis kan...btw nice info