Friday, January 4, 2013

Memori Zaman Sekolah: Tidur Dalam Kelas



Tidur dalam kelas? Tidak kira ada guru ataupun ketiadaan guru? Yes, aku lah orangnya tu..Haha

Peristiwa ini selalu dan akan berlaku di setiap kali cikgu memulakan pembelajarannya. Lebih-lebih lagi aku duduk di bahagian belakang kelas, cikgu pun nampak tak nampak je aku kan. So, peluang nak tidur tu ada la, dalam 60% macam tu. Haha

Walaubagaimanapun, dalam ramai-ramai cikgu yang mengajar aku, ada seorang sahaja cikgu yang selalu memerhatikan aku di dalam kelas sewaktu dia mengajar. Cikgu itu ialah cikgu bahasa melayu aku, Cikgu Nora namanya.

Apa bukti yang mengatakan dia selalu memerhatikan aku? Buktinya, setiap kali aku tupang dagu atas meja, mesti dia cakap " Tikah, mengantuk ke?" Tak pun, kalau aku diam tanpa kata, " Tikah, ooo Tikah" Matanya meleret memandang aku yang duduk di bahagian belakang kelas.

Entah tak tahu kenapa, setiap kali kelas nak bermula, mulalah mata aku berair. Haishh, kalau setiap kali kelas Cikgu Nora, mesti aku cuba bulatkan mata dan tegakkan badan. Kalau tak dikatanya aku tidur nanti. Satu kelas dengar, malu aku dibuatnya..Hikhik..



Tidak kiralah cikgu yang mengajar aku tu, periang, selalu buat kelakar atau garang sekali pun. Aku akan tetap terlelap walaupun sekejap. Nak kata tak cukup tidur, awal ja aku tidur. Haishh

Walau pun aku selalu tidur dalam kelas, terutama kelas Bahasa Melayu, aku tidak pernah ketinggalan dalam pembelajaran. Buktinya, Bahasa Melayu aku lulus dengan cemerlang dalam SPM. Ada berkatnya juga Cikgu Nora bising setiap kali aku tidur dalam kelas. Hekhek

Kepasa adik-adik yang bersekolah di luar sana. Jangan ikut macam akak nie, selalu tidur dalam kelas. Kalau boleh berikan 100% perhatian semasa cikgu mengajar. Nanti kalau terlepas pembelajaran, adik-adik juga yang susah. Kene belajar sendirilah, tanya kawanlah. Tak ke payah macam tu. 

P/s: Dari sekolah rendah, sampailah sekarang aku masih mengantuk lagi kalau belajar dalam kelas. Tapiiiiii, sekarang dah kurang mengantuk dalam kelas, sebab kelas semuanya menghadap komputer. So, bulatlah mata sebab dapat online. Haha 


10 comments:

hazwan hairy said...

hahaha teringat plak msa dulu2 penah juga terjadi..hahahaha

Budak Kampung said...

hahha...dulu kite pon baek gak la kekonon xnk tdr tapi bila dh ngntk tukar tmpat dgn mmbr hahah time 2 sleep.bila bila kat poli ngntok mula la pkai earphone pah 2 wat2 dgr lec ckp pdhl 1 habuk pon xdgq hahah

L@L@milie said...

hahaha.. kita serupa !! aku pun dulu juara tido dalam kelas.. n cikgu bm jugak la yg selalu sound..

Nurul Aini said...

hehe..paling mengantuk time add math..sebab lepas rehat, perut kenyang..tengahari pula tu. Memang asyik menguap je lah. Nasib baik cikgu tak perasan.

Mish Apple said...

Hahah, selalu tak tahan time nak bangun pagi je, sampai dah keluar bilik air pun pejam mata lagi.

ct kektus said...

kalau dah sampai waktu tengah hari komfem mengantuk. kalau pagi2 tu tak lagi lah rasanya. hehee

L@L@milie said...

kita serupa ! hahaha .. aku pun dulu kuat tidur jugak dalam kelas.

combi said...

same laaaa..haha

✿A I N A A✿ said...

ena masa kelas matematik selalu tido dlu.. konon dah pndai sgt la tu.. hahahahha... yela duduk mrsm, mana cukup tidur.. tapi bila dah masuk uni ni, jgn harap la nak tidur walau peluang nak tidur sgt tinggi... tertinggal sedikit, pening kepala nk kejar.. ngeeeee

trah zain said...

dulu jarang sy tido dlm kelas, kesian kat cg, nti dia ckp sorang2...huhu,,tapi kalau da mengantuk sgt tu, layan je..hehe