Monday, January 28, 2013

Automated Enforcement System (AES)




Apakah yang dimaksudkan dengan Automated Enforcement System atau lebih dikenali dengan AES?

AES adalah penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Ia juga merupakan satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan merakam imej kesalahn menggunakan kamera (gambar dan video).

Mungkin ramai yang tidak perasan akan kewujudan kamera AES ini. Ia dipasang dibeberapa tempat terpilih seperti di tepi highway dan di traffic light.

Mahu butiran lanjut, baca --> AES

So, berhati-hati dan memandulah dengan berhemah. Kalau tidak memikirkan keselamatan kita, fikirkanlah keselamatan orang lain. Jangan bawa lebih had laju yang ditetapkan. Nanti kamera AES dapat mengesan anda. Hihi

Bagi mereka yang mahu menyemak saman, boleh la rujuk di sini --> JPJ

P/s: Kenapa aku buat entri ini? Kerana aku tidak mahu korang semua kena macam aku. Bawa lebih had laju, tak sedar esok lusa datang surat saman. Haa, amek kau siap dengan gambar keretanya sekali. Huuh 

Baca SINI

9 comments:

MalizaMah said...

harap2 lah tak kena AES NI.... melayang duit nanti.

✿INA AINAA✿ said...

hehe abang ena pernah kena.. sampai org dalam2 kete tu boleh nampak.. hebat sungguh AES ni... tp setengah tempat xpyh kena byrkan kalau kena AES ni..

nuyui a.k.a miss YUI said...

sptutnya setiap 2km letak AES tu..hihi.

Unknown said...

kita orang dah pernah kena,, lpas kejadian kte tunjuk peace lalu depan AES tu... hahahha

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

alamak yeke... kesian dia.. kena ikut had laju yg dibenarkan..

CikTeddyCorner said...

hmmm bawak basikal jela :3

Anonymous said...

AES ke tak ke, rasanya masih ramai bawak macam pelesit jugak. Bila dah kena saman pun masih macam tu.

hazwan hairy said...

kena ke?Wah ganasnya bwa kereta..haha

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alamak tak suka la AES kihkihkih