Thursday, October 27, 2011

Hadiah Ulang Tahun Kelahiran Ku :')



Hai semua.. :') Orang ramai sedang nyenyak tidur di buai mimpi indah, aku pula bersendirian di dalam bilik sambil nangis teresak-esak..kenapa aku menangis?? aku menangis untuk puaskan hati aku yang telah terluka pedih akibat ditikam oleh lelaki yang amat kejam..yup, lelaki yang tidak reti menghargai pengorbanan seorang perempuan...

Pada hari ulang tahun kelahiran korang, sudah semestinya korang gembira menantikan hadiah ataupun ucapan Selamat Hari Lahir daripada keluarga, saudara-mara, rakan-rakan ataupun daripada Si Jantung Hati korang..kan-kan??  Bagi aku cukup sekadar ucapan dan diiringi doa semoga panjang umur dan murah rezeki..

Tahun ini, hadiah untuk hari ulang tahun aku yang ke 18 tahun sangat hampa dan mengecewakan...Bukan kerana aku dapat hadiah kecil ataupun murah, tapi hadiah yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri aku..

 Orang pertama yang aku harapkan untuk wish birthday aku adalah Si Dia,  tidak kesampaian...OK, takpa lagi kalau Si Dia lupa akan birthday aku..mungkin dia akan wish lambat sikit...Tapi hakikatnya sebalik daripada yang aku jangkakan..Dia langsung tidak beri ucapan ulang tahun kelahiran aku..Lebih perit lagi, segala rahsia besar yang dia simpan selama ini terbongkar..Yup, rahsia yang sudah mempunyai kekasih hati baru..Sampaikan kekasih barunya yang wish birthday aku..Aku mengaku aku hanya bekas kekasihnya..Tidak layak untuk mendapat ucapan selamat ulang tahun..

Tetapi kenapa dia perlu menipu aku yang dia sudah ada kekasih hati baru?? berat ke untuk memberitahu aku perkara itu?? sering kali aku menanyakan adakah dia sudah punya pengganti aku, dia menjawab "tidak, buat apa nak cari" OK, dengan bodohnya aku terima alasannya itu...Niat aku tanya soalan itu bukan untuk memastikan dia tidak boleh di miliki oleh sesiapa, tetapi aku tidak mahu menjadi perosak hubungan orang..
 
Rahsia tidak boleh tersimpan lama-lama dan akhirnya terbongkar jua..Aku terima dengan hati yang redha dan hati yang pasrah..Ada sebab dan hikmah atas apa yang berlaku..Mungkin Allah swt mahu temukan aku dengan orang yang lebih baik daripanya..Bukan seperti dia, yang suka memarahi tanpa sebab, menyalahkan orang tanpa usul periksa, menggunakan kata-kata kesat yang boleh menyinggung perasaan orang, tidak jujur dalam perhubungan dan paling penting tidak reti menghargai pengorbanan seorang perempuan..

"Sampai sini sahaja kesah kau dan aku..akan aku tanam kenangan kau dengan aku jauh-jauh di dalam lubuk hati aku..semoga kau bahagia dengan kekasih hati baru kau..aku harap kau tak perlakukan dia seperti mana kau perlakukan aku suatu ketika dahulu..Jagalah hatinya..Jangan kau lukakan dan permainkan perasaannya seperti mana kau permainkan perasaan aku dahulu..Sesunggunya hati perempuan seperti kaca, kalau sudah pecah berderai tidak mungkin akan bersambung semula ... Sekian, jangan ganggu hidup aku lagi :') "

P/s: Ini merupakan satu pengajaran dalam hidup aku..Pengajaran untuk tidak mudah mempercayai lelaki lagi

3 comments:

fiQRa said...

awakkk... tolong jgn sedih tau.. tak apa, ada lagi encik adam lain yg lebih baik untuk awk ;')

axieyazhar said...

tikah, chill oke ! jangan isaw ktwang ade. support kao dari belakang. FIGHTING !!! (8

EkaTikah said...

@fiqra: thanks awk..harap jumpe yg lebih bagus dri dye lepas nie :')

@aziah: its ok...aku dah start mula benci dye.. btw, thanks tau..syggg kau <3